fbpx
Now Reading
Noh Salleh Beri Gambaran ‘Hujan Rumah Kita’ Mungkin Konsert Terakhir Hujan
hujan konsert hujan rumah kita

Noh Salleh Beri Gambaran ‘Hujan Rumah Kita’ Mungkin Konsert Terakhir Hujan

Vokalis kumpulan tersebut turut menyatakan bahawa malam konsert itu merupakan hari bersejarah dan paling best buat hujan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang nama kumpulan indie Hujan pasti ramai yang akan mula menyanyikan lagu-lagunya seperti ‘Bila Aku Sudah Tiada’, ‘Kotak Hati’ dan banyak lagi.

Malah perjalanan kumpulan ini dalam industri seni sentiasa di sokong oleh peminatnya dari awal kemunculan sehinggalah ke hari ini.

Lebih 5,000 penonton hadir konsert Hujan Rumah Kita

Baru-baru ini, kumpulan ini telah mengadakan sebuah konsert Hujan Rumah Kita di Stadium Melawati, Shah Alam yang dihadiri lebih kurang 5,000 penonton.

Konsert tersebut turut menampilkan beberapa penyanyi tanah air seperti Aris Ariwatan, Azlan And The Typewriter, Naim Daniel dan juga lagenda rock Malaysia, Datuk Amy Search.

Namun menurut laporan Utusan Malaysia, semasa konsert berlangsung penyanyi kumpulan itu, Noh Salleh telah memaklumkan satu perkara yang membuatkan peminat yang dikenali tidak senang duduk apabila menyatakan ia mungkin show yang terakhir dari mereka.

Tidak tahu siapa yang akan pergi dulu, maklum hari konsert adalah hari paling bersejarah

“Saya tidak boleh ambil peranan Tuhan. Mungkin ini show terakhir Hujan. Mungkin saya pergi dulu atau AG Coco pergi dulu.

“Hari ni paling bersejarah dan paling best buat Hujan. Kali terakhir konsert dianjurkan di stadium ini adalah konsert Anuar Zain,” jelas Noh kepada peminat yang turut digelar sebagai Raingers dan penonton yang hadir.

Sebanyak 34 lagu hits dinyanyikan

Konsert itu turut mempersembahkan 34 lagu hits kumpulan tersebut seperti Aku, Skandal Obsesi, Ahmoi Cantik dan juga Pijak Hatiku.

Noh dalam masa sama, turut memberikan penghargaan kepada peminat kerana ada di kalangannya mereka yang hadir dari tempat yang jauh hanya untuk menyaksikan Hujan membuat persembahan.

“Yang datang dari jauh, Masya-Allah. Sampai begitu sekali muzik menyatukan kita,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.