fbpx

Kontroversi MV Muah Muah Raya: Vida Mengaku Tak Bersalah, Mohon Dibicarakan

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 April lalu dan ianya dilihat di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada 5 Mei.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) hari ini, 8 November di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik dan menghantar kandungan video bersifat sumbang iaitu Muzik Video Muah Muah Raya di laman YouTube pada April lalu. 

Dia bagaimanapuan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman, lapor mStar.

Mengikut kertas pertuduhan, Vida secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video bersifat sumbang di laman YouTube atas nama DSV Entertainment.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 April lalu dan ianya dilihat di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada 5 Mei.

Sehubungan itu Vida sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 (Akta 588) dan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Dia juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Hakim Ahmad Fuad kemudiannya membenarkan Vida diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk serahan dokumen. 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.