fbpx
Now Reading
Zamani Slam Selamat Jalani Pembedahan Tulang Belakang Hampir 7 Jam
Zamani Selamat jalani pembedahan

Zamani Slam Selamat Jalani Pembedahan Tulang Belakang Hampir 7 Jam

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang dan Kembali Terjalin itu selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan semula tulang belakangnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini industri seni tanah air digemparkan dengan berita penyanyi popular Zamani Ibrahim yang menghidap penyakit Skoliosis iaitu masalah tulang belakang yang membengkok ke arah sisi.

Susulan dari itu, Zamani terpaksa menjalani satu pembedahan untuk membetulkan masalah tulang belakangnya itu di sebuah hospital swasta di Cheras, pada 7 November yang lalu.

Selamat jalani pembedahan betulkan tulang belakang

Terbaharu, pelantun lagu Kembali Terjalin yang dikenali sebagai Zamani Slam itu dimaklumkan telah selamat menjalani pembedahan itu pada jam 3.15 petang semalam (7 November).

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Nur Juliana Abd.Rani menerusi satu hantaran di Intagram.

“Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani,” katanya di ruang kapsyen.

Menurut laporan Kosmo, ketika dihubungi Nur Juliana turut memaklumkan bahawa suaminya itu dibawa masuk ke dewan bedah kira-kira jam 8 pagi.

Pembedahan ambil masa 7 jam

Pembedahan tersebut mengambil masa lebih kurang tujuh jam seperti apa yang diberitahu oleh doktor.

Sebelum ini, Zamani turut meminta agar peminat mendoakan pembedahan yang dilakukan dapat berjalan dengan baik selain memaklumkan mungkin akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk berehat sebelum kembali bekerja.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.