fbpx
Now Reading
Langgar Perintah Injuksi Mahkamah, Ahli Keluarga Ira Kazar Diberikan Notis Dari Peguam
Puteri sarah maklum ahli keluarga pihak defendan langgar perintah injuksi (1)

Langgar Perintah Injuksi Mahkamah, Ahli Keluarga Ira Kazar Diberikan Notis Dari Peguam

Menurut Puteri Sarah, sebaik sahaja perkara itu dimaklumkan kepadanya dia kemudian menyerahkan kepada peguam untuk mendapatkan kepastian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui pelakon cantik, Puteri Sarah sekitar Julai lalu telah memulakan tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama penerbit, Syamsul Yusof.

Susulan dari hal tersebut, pihak mahkamah telah memerintahkan Ira Kazar selaku pihak defendan untuk tidak melakukan sebarang gangguan kepada aktres berkenaan selain mengekalkan perintah interim injuksi dan jika gagal ia dianggap seperti menghina keputusan mahkamah.

Baca artikel berkaitan: Mahkamah Arah Ira Kazar Masuk Pembelaan, Tidak Boleh Ganggu Puteri Sarah

Terdapat salah seorang ahli keluarga pihak defendan keluar kenyataan di media sosial

Terbaharu, Puteri Sarah yang berusia 37 tahun mendakwa bahawa ada salah seorang di kalangan ahli keluarga defendan telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dirinya di media sosial pada minggu lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Sarah berkata penelitian berhubung kenyataan itu sudah dilakukan oleh peguamnya dan mendapati pihak berkenaan telah melanggar perintah injuksi interim yang diberikan terhadapnya pada 28 Jun yang lepas.

Surat notis komital telah dihantar kepada individu berkenaan

Pelakon itu kemudian memaklumkan bahawa peguamnya telah menghantar satu notis komital iaitu penghinaan kepada perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai kepada individu tersebut.

“Ada ahli keluarga pihak defendan melanggar perintah injuksi. Jadi kes ini diserahkan kepada peguam.

“Sepatutnya, pihak defendan tidak boleh mengeluarkan kenyataan atau menyebut nama saya dalam media sosial. Itu tidak sepatutnya berlaku.

“Disebabkan itu, peguam sudah dapat mengesan individu di kalangan ahli keluarga defenda membuat kenyataan membabitkan nama saya dalam media sosial,” jelasnya kepada Berita Harian.

Maklum tahu tentang perkara tersebut dari netizen

Jelas aktres itu lagi, dia mengetahui tentang hal tersebut dari orang ramai.

“Saya dapat tahu perkara ini selepas diberitahu netizen. Jika ikutkan, saya tak ambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.

“Namun, netizen memaklumkan dan saya terus menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk mendapatkan kepastian sama ada melanggar perintah injuksi atau tidak.

“Peguam mengesahkan ia melanggar dan surat peguam sudah diserahkan kepada individu berkenaan, semalam (8 November),” ujarnya lagi.

Untuk rekod, hasil perkahwinan bersama Syamsul Yusof mereka telah dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam berusia lima tahun manakala Sumayyah berumur tiga tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.