fbpx
Now Reading
Mimpi Darah, Ular Dan Tidur 3-4 Jam, Caprice & Isteri Terkena Gangguan Sihir [Video]
Caprice maklum terkena gangguan sihir

Mimpi Darah, Ular Dan Tidur 3-4 Jam, Caprice & Isteri Terkena Gangguan Sihir [Video]

Menurut Caprice dia dan isteri sering didatangi mimpi yang pelik dan seram seperti darah, lelaki yang tidak dikenali, ular hitam dan sebagainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkara sihir atau ghaib ialah sesuatu benda yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar namun ia masih wujud sehingga kini.

Malah, masih ada segelintir masyarakat yang masih mengamalkan sihir meskipun ia adalah sesuatu yang dilarang di dalam agama Islam dan jatuh berdosa jika dilakukan.

Namun, demi kepuasan hati manusia sanggup melakukan apa sahaja. Asalkan dapat melihat individu yang tidak disukai berada dalam keadaan sakit, susah dan sebagainya.

Caprice maklum diri terkena gangguan sihir

Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada penyanyi rap terkenal Caprice, apabila memaklumkan dia dan isteri, Fara Inalis terkena gangguan sihir serta sedang mendapatkan rawatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Intagram, Caprice pada awalnya mengingatkan bahawa tidur selama tiga ke empat jam itu ada satu perkara yang biasa kerana banyak kerja yang perlu dilakukan.

“Kita pun pelik kenapa masih ada tenaga walaupun tak cukup tidur sampai ubat tidur pun tak jalan.

“Akhirnya sahabat kita Tok Singa dari Kedah periksa dan ada unsur-unsur sihir. Insha-Allah Cap dengan isteri dapat lawan dan cepat sembut,” tulisnya.

Selalu mimpi pelik dan seram

Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh Pusat Rawatan Al Idrus (PSAI) di Facebook, Caprice turut memaklumkan dia dan isteri juga kerap didatangi mimpi yang pelik dan seram seperti darah, ular dan sebagainya.

Manakala pada bahagian kedua video pula, mereka turut menunjukkan Tok Singa dan seorang lagi rakan perawat, Ustaz Shahfiq sedang melakukan rawatan terhadap pasangan itu, dan kelihatan tangan isterinya seperti terketar-ketar semasa ayat al-Quran dibacakan.

Terdapat gangguan pada rahim yang menyukarkan untuk dapat zuriat

Tok Singa turut memberitahu di bahagian rahim isterinya terdapat masalah di mana ia akan menganggu pasangan ini untuk mendapatkan zuriat selain menyatakan terdapat bunyi di dalam rumah berkenaan.

Dalam masa sama, Ustaz Shahfiq turut menyatakan bahawa dia telah menasihatkan Caprice untuk membuang patung-patung yang berada di dalam rumah dan berdoa agar Allah membukakan hatinya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan Caprice dan isteri agar cepat sihat dan dilindungi oleh Allah SWT.

‘Orang sihir kita tanda Allah sayangkan kita….’

‘Semoga cepat sembuh caprice dan wife’

‘Sihir ni jika orang yang tak kena takkan faham’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.