fbpx
Now Reading
“Sangat Sedih” – Raih 10 Juta Views & Tular Di Indonesia, Aiman Sidek Kecewa ‘Cinta Sejati’ Tak Ke Semi Final AJL 37?

“Sangat Sedih” – Raih 10 Juta Views & Tular Di Indonesia, Aiman Sidek Kecewa ‘Cinta Sejati’ Tak Ke Semi Final AJL 37?

Menurut Aiman, meskipun lagu itu mendapat sambutan ramai antaranya menjuarai carta radio serta tular di platform digital ianya masih tidak mencukupi kerana kekurangan pengikut untuk mengundi di carta MM37.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Komposer dan penyanyi Aiman Sidek akur namun sedih apabila karya berhantunya Cinta Sejati yang menjadi siualan anak muda gagal tersenarai ke semi final Muzik-Muzik 37 (MM37) seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Dia yang tampil menerusi satu hantaran di Instagram berkata, meskipun lagu itu mendapat sambutan ramai antaranya menjuarai carta radio serta tular di platform digital ianya masih tidak mencukupi kerana kekurangan pengikut (followers) untuk mengundi di carta MM37.

“Sekali lagi impian terkubur. Walaupun juara di carta beberapa radio, hampir 10 juta tontonan di YouTube dan 2 juta pendengar di platform digital, Cinta Sejati tiada undian di MM37.

“Saya tidak tahu bagaima cara untuk menambah pengikut bagi memberikan impak dalam undian lagu.

“Selama 13 tahun saya mencuba. Alhamdulillah lagu kali ini menjadi dan Cinta Sejati akhirnya diterima. Panjang perjalanan tetapi masih tidak mampu berada dalam senarai semi final.

“Saya sedih. Sangat-sangat sedih. Saya tidak tahu bila lagi lagu saya akan diterima sebegini,” luahnya di ruangan kapsyen.

Ucap terima kasih kepada mereka yang beri semangat

Aiman pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sebelum ini menghantar pesanan DM untuk memberikannya semangat.

Katanya, hakikat sebenar ialah dia tidak mempunyai kuasa undian di mana dalam industri muzik Malaysia, pengikut akan menentukan kerjaya seseorang artis.

“Bila berkisar mengenai undian, nescaya yang ramai pengikut akan memberikan impak yang lebih besar.

“Terima kasih sekali lagi yang menyokong maaf kerana Cinta Sejati gagal ke semi final MM37. Kita jumpa pada karya seterusnya,” katanya.

Sebagai rekod, lagu Cinta Sejati yang tular meluas di platform media sosial khususnya TikTok gagal ke peringkat semi final MM37 bersama 30 karya lain.

Beberapa netizen turut memberikan komen sokongan kepada Aiman malah ada yang turut melahirkan rasa hairan apabila lagu itu tidak berada dalam senarai semi final MM37. -Scha One

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.