fbpx
Now Reading
“Hoi Tu Jack White!’ Netizen Teruja Lihat Vokalis The White Stripes Buat Cameo Dalam Foto Bernama

“Hoi Tu Jack White!’ Netizen Teruja Lihat Vokalis The White Stripes Buat Cameo Dalam Foto Bernama

Menerusi foto tersebut, Jack White yang terkenal dengan lagu Seven Nation Army bersama kumpulan The White Stripes membuat ‘cameo’ apabila dilihat sedang beratur berhampiran kaunter imigresen sambil matanya tertumpu ke arah kamera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, 15 November agensi berita nasional, Bernama ada memuat naik satu ciapan berita mengenai pembukaan secara rasmi kemudahan baharu autogate Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) buat pengembara dari luar negara yang mahu memasuki Malaysia.

Menurut Bernama, pembukaan kemudahan tersebut yang dikhususkan untuk pengembara luar yang memiliki pas lawatan jangka panjang bertujuan meningkatkan lagi kecekapan pengurusan kemasukan warga asing (foreigner) ke Malaysia.

Apa yang mengejutkan apabila salah satu foto yang dikongsikan memaparkan susuk tubuh seorang pemuzik antarabangsa, Jack White yang juga vokalis kepada kumpulan The White Stripes.

Menerusi foto tersebut, Jack White yang terkenal dengan lagu Seven Nation Army bersama kumpulan The White Stripes membuat ‘cameo’ apabila dilihat sedang beratur berhampiran kaunter imigresen sambil matanya tertumpu ke arah kamera.

Foto tersebut membuatkan ramai peminatnya teruja bahkan ada yang terkejut kerana tidak mengetahui kedatangannya ke Malaysia.

“Kami tahu itu Jack White”

Bernama kemudiannya membuat satu ciapan balas memaklumkan mereka sebenarnya hanya berseloroh dan peka dengan kelibat Jack White di dalam gambar tersebut.

Malah mereka sengaja memilih foto tersebut untuk melihat adakah peminat bintang antarabangsa itu sedar kelibatnya di dalam gambar.

Jack White akan perform malam ni di Zepp KL!

Buat anda yang tidak tahu, Jack White sebenarnya baru tiba dari Singapura bagi mengadakan konsert di Zepp KL pada malam ini (16 November) yang merupakan destinasi terakhir bagi Jelajah Asia ‘Supply Chain Issues Tour 2022’.

Difahamkan tiket berharga RM288 bagi konsert di Zepp KL masih lagi dibuka untuk jualan.

Selain Kuala Lumpur, beliau sebelum ini telah mengadakan persembahan di beberapa lagi bandar Asia antaranya Ho Chi Minh, Bangkok, Seoul dan juga Singapura.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.