fbpx
Now Reading
Tak Mahu Anak ‘Putus Saudara’, Ibu Minta Sajat & Mustika Berbaik [Video]
Nur Sajat & Mustika Gaduh

Tak Mahu Anak ‘Putus Saudara’, Ibu Minta Sajat & Mustika Berbaik [Video]

Ibu kepada usahawan Nur Sajat itu turut meminta agar kemelut tersebut tidak dipanjangkan sehingga berputus saudara dan menyatakan sebagai ibu dia menyanyangi kedua-duanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular video melibatkan usahawan kontroversi, Nur Sajat dan adiknya, Nur Mustika yang bertikam lidah sesama sendiri di media sosial.

Malah, perbalahan dua beradik itu turut menjadi perhatian orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut apakah punca sebenar yang berlaku.

Ibu harap kemelut dapat berakhir dengan baik

Terbaharu, ibu kepada usahawan tersebut, Maimon Omar yang berusia 66 tahun turut berharap agar kemelut di antara dua anaknya itu dapat berakhir dengan baik.

Menerusi satu temubual bersama mStar, ibunya menyatakan bahawa dia tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana menyayangi kedua anaknya itu.

Pesan jangan bergaduh atau buat perkara yang tak disukai

Malah dia turut berpesan kepada kedua-dua beradik itu agar tidak saling bertelagah dan tidak melakukan perkara yang tak disukai antara satu sama lain.

“Saya tidak tahu semasa dia sedang menghubungi saya, dia sedang live (di TikTok) jadi saya cerita dan sembang seperti biasa. Rupa-rupanya dia gunakan untuk biar orang ramai dengar.

“Dah lah dulu orang kata saya mata duitan, saya bukan jenis minta duit pada anak-anak. Saya duit cari sendiri. Jika dia beri saya ambil untuk anak-anaknya (anak Sajat). Apa yang saya buat untuk dia mahupun Mustika, saya tak kisah.

“Tak kiralah anak tu jahat macam mana, saya tetap sayang dia sebab tiada mak di dunia ini yang tak sayang anak dia,” ujar ibunya itu kepada mStar.

Tak nak Sajat dan Mustika berputus saudara

Jelas wanita itu lagi, dia juga tidak mahu kedua beradik itu sehingga berputus saudara kerana perkara itu tidak baik dan tidak dibenarkan di dalam Islam.

Menurutnya, dia turut berasa kasihan kepada suaminya kerana tertekan sehingga terpaksa memintanya untuk tidak memikirkan kemelut tersebut.

Dia dalam masa sama turut berpesan kepada Nur Sajat untuk berdiam jika tidak suka kepada sesuatu perkara kerana apa yang dilakukan itu memberikan kesan yang tidak baik.

“Mustika pun sama janganlah lagi campur hal dia. Kau buatlah apa yang bagus untuk diri kau. Dia (Sajat) buat apa yang bagus untuk diri dia.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.