fbpx
Now Reading
Tak Setuju Sheila Rusly Dikecam Jadi Juri, Michael Ang Nasihat Penonton Dan Peserta Tak Cepat Melenting [Video]
Michael Ang nasihat penonton dan peserta jangan cepat melenting

Tak Setuju Sheila Rusly Dikecam Jadi Juri, Michael Ang Nasihat Penonton Dan Peserta Tak Cepat Melenting [Video]

Menurut Michael Ang, dia menasihatkan apabila menyertai mana-mana pertandingan peserta dan penonton perlu bersikap terbuka untuk menerima sebarang kritikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tular satu video di media sosial yang memaparkan penerbit dan pelakon, Sheila Rusly semasa menjadi juri dalam sebuah program realiti masakan di televisyen.

Menerusi video tersebut, pelakon berkenaan telah mengeluarkan komen yang agak pedas selain meninggikan suara kepada peserta hingga mengundang perhatian ramai.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai pengguna di media sosial kurang senang dengan tindakan penerbit berkenaan hingga menyatakan dia tidak layak untuk berkata begitu kerana bukanlah seorang chef.

@boommalaysia

Amboi, garangnya sis! Kita cuba husnuzon, mungkin itu cara sis menegur. Artikel penuh di www.boom-malaysia.com. #trending #viral #dapurtempur #tv3malaysia #shielarusly #netizen #hangat #panas #artismalaysia #gosipartis #fyp #foryoupage

♬ original sound – Boom! Malaysia – Boom! Malaysia

Michael Ang nasihat penonton tak cepat melenting

Susulan dari perkara itu pengarah terkenal, Michael Ang yang juga bakal muncul sebagai juri jemputan dalam program Dapur Tempur menasihatkan agar penonton dan juga peserta untuk tidak mudah melenting apabila mendapat komen juri.

Ini kerana, mereka hanya melakukan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, jelasnya peserta dan penonton perlu terbuka semasa juri memberikan komen walaupun ia kedengaran kasar kerana ia merupakan sebuah program realiti.

“Kasar bukan bermakna makian. Saya pun pernah sertai program realiti Masterchef Selebriti Malaysia sebelum ini dan saya terima sahaja cara juri mengkritik. Sebenarnya, bila sertai mana-mana pertandingan, kita harus membuka hati menerima sebarang bentuk kritikan.

“Kalau tidak mahu dikritik, jangan ‘gatal-gatal’ nak sertai program realiti. Karakter juri yang agak keras perlu supaya rancangan itu lebih menarik ditonton.

“Kalau juri komen mendatar sahaja pun penonton akan kutuk juga. Dikatanya program tempatan tidak ada pembaharuan, tak ada elemen menearik, keterbelakangan. Takkan semua komen nak kena berlapik dan cakap mendatar? siapa yang nak tengok program itu nanti?” jelas pengarah itu.

Tak setuju Sheila Rusly dikecam

Menurutnya, dia juga tidak berapa bersetuju jika orang ramai terus mengecam Sheila kerana itu adalah karakter serta personaliti yang ada dalam dirinya.

“Disebabkan dia begitulah maka dia dipilih sebagai juri. Buat apa nak suruh dia tukar cara? Lagipun, saya rasa, dia cakap kuat, suara dia memang nyaring, tetapi dia tidaklah sampai menghina peserta. Tidak melampau.

“Disebabkan dia begitulah, maka penerbit memilihnya. Buat apa nak suruh dia tukar cara? Lagipun cara dia memberikan komen tidak terlalu melampau sehingga menghina peserta,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen ternyata ramai yang tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan Sheila dan terdapat juga yang menyatakan dia mungkin merasakan dirinya seperti Gordon Ramsay iaitu salah seorang chef terkenal di Amerika Syarikat.

‘Adab dulu baru ilmu.. simple’

‘Dia ingat dia Gordon Ramsay’

‘Mak aku potong kecik besar, kecik besar aku telan sedap je’

‘Kadang-kadang ego tu ada. Tak sedar apa yang keluar dari mulut tu menyebabkan peserta rasa terhina’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.