fbpx

“Dia Cuma Bawa Watak Antagonis, Salah Ke?” – Dikecam Beri Komen Pedas, Norman KRU Tampil Bela Sheila Rusly

Ada yang merasakan Sheila tidak sepatutnya melayan peserta sedemikian rupa walaupun atas kapasiti juri apatah lagi dia bukanlah seorang cef profesional.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu ramai pengguna media sosial dlihat mengecam dan mempertikaikan tindakan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly yang dianggap biadab dalam mengkritik masakan seorang peserta dalam sebuah program masakan.

Ada yang merasakan Sheila tidak sepatutnya melayan peserta sedemikian rupa walaupun atas kapasiti juri apatah lagi dia bukanlah seorang cef profesional.

Pengarah terkenal, Michael Ang yang juga bakal muncul sebagai juri jemputan dalam program tersebut kemudiannya menasihatkan penonton dan juga peserta agar tidak mudah melenting jika mendapat komen seperti itu.

Jelasnya peserta dan penonton perlu terbuka semasa juri memberikan komen walaupun ia kedengaran kasar kerana ia merupakan sebuah program realiti.

Baca artikel berkaitan: Tak Setuju Sheila Rusly Dikecam Jadi Juri, Michael Ang Nasihat Penonton Dan Peserta Tak Cepat Melenting [Video]

Terbaharu situasi berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU, Datuk Norman Abdul Halim yang tampil memberikan pandangannya selaku individu yang berpengalaman menerbitkan rancangan realiti di negara ini.

“Saya sendiri pernah jadi juri dalam pelbagai program realiti TV. Sememangnya setiap juri atau tenaga pengajar dikehendaki memainkan watak berbeza dan tidak semestinya menggambarkan keperibadian kami yang sebenar.

“Jujurnya, komen negatif yang dilempar oleh netizen terhadap Sheila membuatkan saya tertarik untuk menonton rancangan tersebut dari mula sampai ke akhir siaran.

“Saya melihat Sheila memainkan peranan yang sangat baik sebagai pengkritik tegas untuk menimbulkan suspens dan drama dalam rancangan tersebut,” katanya kepada BOOM!

Tambahnya, watak yang dibawakan Sheila juga ibarat sikap tegas seorang guru di sekolah yang mahu melihat anak didiknya berjaya dan menjadi lebih baik.

Rancangan di Barat lebih ‘dahsyat’

Malah Norman yang pernah terbabit dalam Akademi Fantasia berkata, rancangan realiti di Barat lebih dahsyat dengan elemen drama yang dipaparkan termasuk membuang masakan ke dalam tong sampah atau mencampakkan ke muka peserta.

“Di Barat, ada sebuah rancangan pertandingan memasak yang popular dikendalikan oleh Gordon Ramsey. Dia turut menghentam peserta dgn kritikan-kritikan pedas hingga menjadikan rancangan TV tersebut popular di serata dunia.

“Sama juga watak yang dibawa oleh Sheila ibaratnya seperti antagonis dalam drama di kaca TV dan tidak wajar dihina secara peribadi di media sosial,” katanya.

Pada masa sama, Norman turut mengucapkan tahniah kepada Sheila kerana menyuntik nafas baharu dalam program TV khususnya bagi rancangan masakan di Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.