“Macam Kena Pukau” – Tomok Berang Dakwa Pekerja Di Kedai Minumannya Kena Scam Dengan Pelanggan [Video]

Isu jenayah seperti scam bukanlah satu perkara yang baharu, malah kita juga sering kali membaca kisah mengenainya di dada akhbar.

Bukan hanya itu, mereka juga sentiasa menyusun strategi untuk memperdayakan mangsanya tidak kiralah di alam maya atau secara berdepan.

Lebih menakutkan ada juga mangsa yang seperti dipukau dan menyerahkan segala yang diminta oleh pelaku tersebut.

Tomok kesal dakwa pelanggan scam pekerja di francais kedai minuman miliknya

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang penyanyi dan juga usahawan, Tomok apabila dia meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan seorang pelanggannya yang didakwa menipu di premis perniagaan miliknya di Shah Alam, Selangor.

Menerusi perkongsian penyanyi itu di Instagram (IG), dia bukanlah mahu memalukan sesiapa tetapi tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama dan sentiasa berhati-hati.

“Semalam (7 Disember) staf saya macam kena scam dekat kedai kami di Chatime Setia City Mall.. orang tu datang dia buat pesananan air.

“Lepas tu minta terus duit baki, padahal dia tak bagi lagi duit untuk dia beli air,” katanya.

Paksa pekerja bagi duit baki, sebelum datang semula untuk tukar duit

Jelasnya, jika dilihat dalam rakaman CCTV yang dikongsikan kelihatan individu berkenaan seperti memaksa pekerjanya untuk memberikan duit baki dengan cepat. Wang baki sebanyak RM87 itu kemudian diberikan oleh pekerjanya.

“Lepas tu dia datang lagi nak tukar duit pula, dari duit yang dia ambil tadi. Lepas tu dia terus hilang tak tahu ke mana… macam kena pukau pun ya juga.

“Saya baru je nak berniaga.. senang-senang je dia datang ambil duit RM87 tu banyak, itu baru satu kedai. Kalau 10 kedai dia pergi… hati-hati tau guys (awak semua),” kata pelatun lagu Bagaikan Bidadari itu.

Sudah buat laporan polis, isteri turut berang dan kongsi perkara sama di IG

Walau bagaimanapun, Tomok turut memaklumkan bahawa dia juga sudah membuat laporan polis dan berharap agar individu tersebut ditahan polis.

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh isterinya, Rahayu Abas yang turut geram dengan insiden tersebut.

“Helo scammer.. aku penat cari duit siang malam tau.. nak majukan keluarga.. nak jana ekonomi negara.. nak bantuk anak bangsa dapat pekerjaan.

“Macam tu kau ambil duit aku.. sangat memalukan.. aku perempuan pun kerja tau.. harap dapat pembalasan secukupnya,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago