fbpx

“Dia Malaysia Lah” – Netizen Negara Seberang Tersilap Claim, Sangka Aina Abdul Penyanyi Indonesia [Video]

Pada masa sama, ada juga segelintir pengguna media sosial yang memuji kemerduan suara pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal, Nurul Aina Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Aina Abdul semakin berjaya di dalam industri muzik dengan pelbagai karya hebat.

Malah dia juga berkebolehan menyanyikan lagu bahasa asing termasuklah Korea.

Bagaimanapun, sejak Selasa lalu (13 Disember), nama penyanyi berusia 29 tahun itu menjadi perbahasan hangat di media sosial apabila ada pihak yang menyatakan bahawa penyanyi tersebut berasal dari Indonesia.

Aina nyanyi lagu ‘This Love’ di dakwa orang Indonesia

Menerusi satu perkongsian di akaun TikTok @sius.30, jelas kelihatan video Aina digabungkan bersama dua lagi penyanyi dari negara lain yang sedang menyanyikan lagu ‘This Love’ dari Davinchi.

Apa yang menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat Malaysia apabila kenyataan yang tertera di dalam video itu melabelkan Aina dengan perkataan Indonesia seolah-olah penyanyi itu berasal dari negara tersebut.

“Aina Malaysia oi” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial cuba memperbetulkan dakwaan yang jauh terpesong itu dengan menyatakan penyanyi Aina Abdul merupakan warganegara Malaysia.

Aina bakal pertanding di AJL37, netizen puji kemerduan suaranya

Pada masa sama, ada juga segelintir pengguna media sosial yang memuji kemerduan suara pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) itu.

Untuk info, Aina bakal pertanding di pentas AJL37 nanti dengan mempertaruhkan lagu Terus Hidup dan bakal berentap bersama 11 lagi finalis lain seperti Ernie Zakri dan Marsha Milan.

Menerusi pemerhatian kami, ada segelintir warga Indonesia yang turut tidak mengetahui bahawa Aina Abdul bukanlah dari seberang sebaliknya penyanyi popular dari Malaysia.

Perkara ini tidak mustahil terjadi memandangkan masih terdapat ribuan pencipta kandungan dari negara itu yang kerap membuat cover dan memuat naik nyanyiannya di media sosial.

Selain itu, Aina memuat naik cover lagu OST Descedants Of The Sun itu setahun yang lalu di laman YouTube.

Video nyanyian penuh di bawah:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.