fbpx
Ummi Nazeera tarik diri

Ummi Nazeera Maklum Tarik Diri Dari Muafakat Nasional

Pelakon Ummi Nazeera bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muafakat Nasional kerana telah melantiknya sebagai salah seorang Ahli Dewan Tertinggi sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, beberapa individu dari pelbagai latar belakang seperti politik dan juga industri seni telah menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muafakat Nasional (MN) yang dikendalikan oleh presidennya, Tan Sri Annuar Musa.

Antara individu yang menyertai NGO tersebut adalah pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin, Datuk Eizlan Yusof, termasuklah pelakon Ummi Nazeera serta ramai lagi.

Bukan hanya itu Ummi Nazeera turut dilantik sebagai antara salah satu Ahli Dewan Tertinggi bagi badan bukan kerajaan itu.

Umum tarik diri dari Muafakat Nasional

Namun baru sahaja beberapa hari menyertai NGO tersebut aktres berkenaan telah memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional.

Jelasnya, keputusan itu dilakukan Ummi selepas mengambil kira kegusaran dari peminat yang disayanginya serta pihak-pihak berkepentingan.

Ummi akan terus beri fokus untuk berkarya & keluarga, ucap terima kasih atas peluang yang diberikan

Ummi Nazeera bagaimanapun turut menyatakan bahawa dia tetap akan terus fokus untuk berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarganya.

“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO,” ujar pelakon itu.

Dia juga turut mengucapkan terima kasih orang ramai di atas sokongan serta keprihatinan yang diberikan oleh semua terhadap dirinya.

Suami maklum cakna atas penglibatan Ummi Nazeera dalam Muafakat Nasional

Terdahulu, suami kepada aktres berkenaan, Dr. Izzar Anwari juga menyatakan bahawa dia maklum tentang penglibatan isterinya dalam NGO berkenaan.

Katanya, selepas diamati pertubuhan MN itu berpegang kepada matlamat-matlamat yang memberikan kebaikan buat masyarakat serta bukan sebuah parti politik dan tidak merujuk kepada pakatan parti UMNO dan PAS yang dibentuk pada 2019.

“Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, beliau perlu bersikap neutral dan tidak menggunakan platform beliau untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang berunsurkan politik secara terang-terangan.

“Jika tidak saya akan menjadi orang pertama yang akan menghalang beliau. Semoga sebarang kekeliruan dapat dielakkan,” ujar Dr Izzar.

Selain Ummi Nazeera, media turut memaklumkan bahawa Datuk Jamal Abdillah juga menarik diri dari MN kerana prinsipnya yang dikatakan tidak sesuai untuk terlibat dalam NGO berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.