fbpx
Now Reading
Hanya Ketawa Ketika Disoal, Puteri Sarah Beri Bayangan Syamsul & Ira Kazar Nikah Secara Senyap?

Hanya Ketawa Ketika Disoal, Puteri Sarah Beri Bayangan Syamsul & Ira Kazar Nikah Secara Senyap?

Difahamkan, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya dan dia berharap agar ada sinar untuk dirinya dan anak-anak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon, Puteri Sarah Liyana memberi bayangan suaminya, Syamsul Yusof dan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangganya, Ira Kazar sudah berkahwin.

Hal ini sekaligus menjawab gosip yang menjadi bualan ramai, sejak beberapa bulan yang lalu.

Siti Sarah seperti menyindir suami dan Ira di IG Story

Menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kelihatan seperti menyindir suaminya dan juga Ira.

“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti. Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik. Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” tulisnya.

Tangkap layar (Foto: Instagram/puterisarahliyana)

Puteri Sarah beri gambaran lebih jelas mengenai isu rumah tangganya

Manakala satu lagi muat naik berasingan, Sarah turut dilihat memberi gambaran yang lebih jelas seolah-olah apa rumah tangganya kian retak.

“Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum Sarah melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia. Orang sekeliling kita ada masanya boleh menjadi sangat narsistik dan manipulasi. Pilihlah orang sekeliling dengan bijak.

“Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit,” tulisnya lagi.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai mengaitkan dua muat naik tersebut ada kaitan dengan Syamsul dan juga Ira Kazar.

Soalan ini sepatutnya ditujukan pada Syamsul dan kekasihnya” – Puteri Sarah

Menurut laporan Berita Harian yang menghubungi pelakon Lu Fikir Lah Sendiri de Movie itu, Puteri Sarah hanya ketawa ketika ditanya mengenai dakwaan yang Syamsul sudah berkahwin dengan Ira tanpa pengetahuannya.

“Saya rasa soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Syamsul dan kekasihnya. Bukan saya, tak perlu saya nak menjawabnya.

“Lebih sesuai empunya diri buat penjelasan dan pengumuman,” katanya ringkas.

Pada masa sama, ketika ditanya hantaran itu ditujukan kepada siapa, Puteri Sarah hanya menjawabnya, “Siapa makan cili, dialah rasa pedas”.

Puteri Sarah berharap agar ada sinar buat dirinya dan anak-anak

Difahamkan, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya dan dia berharap agar ada sinar untuk dirinya dan anak-anak.

“Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tetapi saya mengharapkan perkara positif berlaku. Semua pihak mendoakan perkara terbaik untuk saya dan anak-anak. katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran Flagship Store Shoppes Rizman Ruzaini di Four Seasons Place, petang tadi. (21 Disember).

Puteri Sarah memfailkan saman kepada Ira

Terdahulu, media melaporkan Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumah tanganya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sampai Bila Nak Kena Pijak?’ – Puteri Sarah Saman Ira Kazar [Video]

Menurut Puteri Sarah, tindakan itu adalah cara yang terbaik bagi menyelesaikan semua masalah selepas empat tahun memendam rasa.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.