fbpx
Now Reading
“Kenyataan Saya Kahwin Lagi Adalah Fitnah” – Syamsul Yusof Saman JAWI RM10 Juta

“Kenyataan Saya Kahwin Lagi Adalah Fitnah” – Syamsul Yusof Saman JAWI RM10 Juta

Terdahulu Syamsul mendedahkan akan menyaman jabatan agama itu selepas berbincang dengan peguamnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengarah dan penerbit filem terkenal, Syamsul Yusof bakal memfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dia yang tampil menerusi satu hantaran di Instagram berkata, keputusan ini diambil kerana JAWI telah menyebarkan kenyataan tidak benar dan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Menerusi hantaran sama, Syamsul atau nama penuhnya Mohd. Syamsul Mohd Yusof turut menegaskan bahawa khabar angin yang dia sudah berkahwin lagi seperti yang tular di media sosial juga adalah fitnah.

“Saya saman JAWI RM10 juta kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu pada keluarga bahawa saya telah berkahwin lagi.

“Ya ianya (berkahwin lagi) fitnah,” kata Syamsul.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Syamsul dalam satu kiriman suara di WhatsApp mengesahkan akan menyaman agensi kerajaan itu.

Pengarah filem itu membuat keputusan berkenaan selepas mengadakan perbincangan bersama peguamnya.

Jelas Syamsul, tindakan tersebut adalah wajar ekoran dari yang berlaku terhadap perkahwinannya dengan isteri, Puteri Sarah Liyana.

“Mereka (JAWI) sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya, fitnah tidak benar dan boleh dikatakan palsu kepada saya. Mereka sudah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya sedangkan maklumat itu sekali lagi tidak benar, palsu dan boleh dikatakan fitnah kepada ahli keluarga saya.

“Perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman JAWI sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu,” kata Syamsul.

Terdahulu kecoh media sosial apabila ada netizen mendakwa Syamsul dan Ira Kazar sudah berkahwin.

Anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu dikatakan menjadi orang ketiga dalam konflik rumah tangga Samsul dan Sarah.

Sarah menerusi beberapa hantaran di Instagram (IG) Story, pula dilihat seperti menyindir seseorang dipercayai merujuk kepada suaminya dan juga Ira.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.