fbpx

Terima Ugutan & Digelar Pelac*r, Peserta ATNM Buat Laporan Polis

Peserta terbabit bersama keluarganya bertindak dengan membuat laporan polis terhadap individu-individu terbabit kerana sudah melampaui batas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang peserta program realiti All Together Now Malaysia 2 (ATNM) dikatakan biadap semasa menjawab soalan yang diajukan juri.

Peserta yang dikenali sebagai Fieqa itu menerima kecaman yang hebat daripada netizen selepas video tersebut tular.

Netizen minta terjun bangunan dan gelar pelacur

Menurut laporan Gempak, hal tersebut menjadi semakin parah apabila terdapat individu yang mengugut peserta berusia 16 tahun itu dengan memintanya terjun dari bangunan dan menggelarkannya sebagai pelacur.

“Kecaman netizen sangat teruk sampai melibatkan ibu bapa saya, saya terima segala kritikan dan tak kisah dikecam tetapi ianya terlalu teruk sehingga mengganggu mental saya.

“Memang banyak kecaman saya terima di DM (direct message), tapi saya tak baca semua, ibu bapa saya yang banyak baca DM netizen,” katanya.

Fieqa dan keluarga buat laporan polis

Susulan itu, Fieqa atau nama sebenarnya Nur Afiqa bersama keluarganya bertindak dengan membuat laporan polis terhadap individu-individu terbabit kerana sudah melampaui batas.

“Saya bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang memberi sokongan, itu yang buat saya kuat sekarang. Keluarga saya pun sudah mengambil tindakan terhadap netizen yang melampau.

“Kami sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bangi pada semalam. Ada netizen yang menggunakan akaun betul dan palsu untuk kecam saya,” katanya lagi.

Dikatakan bersikap kurang ajar ketika menjawab pertanyaan juri

Terdahulu, Fieqa dikatakan bersikap kurang ajar ketika memberi jawapan yang ditanya oleh salah seorang juri, Catriona Ross dengan nada yang biadap serta bahasa tubuh seperti tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Catriona Ross yang lebih dikenali sebagai kak kek telah bersemuka dengan Fieqa di belakang pentas untuk menasihati remaja terbabit agar menjaga tingkah laku dan disiplin dirinya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.