“Dia Melawak Sahaja..” – Selepas Atu Zero, Isteri Pula Mohon Maaf Pada Nabila Razali
Menurut Shafeeqa, Atu Zero hanya sekadar melawak dan dia terlalu banyak membaca komen yang diberikan pengguna media sosial.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini penyanyi, Nabila Razali meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelawak Atu Zero yang berseloroh bahawa dia tidak boleh menyanyi secara ‘live’ ketika menjadi juri bagi program The Masked Singer Malaysia.
Nabila yang tampil menerusi satu muat naik di IG berkata, sama sekali tidak menyangka pelawak itu tergamak untuk menggunakan ‘punchline’ yang boleh mengguris hati orang lain demi mencari perhatian.
Atu mesej minta maaf tapi tak dibalas
Menyedari keterlanjurannya, Atu kemudian tampil memohon maaf kepada Nabila. Menurut mStar, dia membuat permohonan maaf itu menerusi DM di Instagram. Ia bagaimanapun belum lagi dibalas oleh penyanyi berkenaan.
Tambah Atu lagi, kata-kata yang dikeluarkannya mungkin boleh dijadikan sebagai pembakar semangat agar Nabila terus menjadi lebih baik di masa akan datang.
“Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf.
“Daripada segi kata-kata memang saya salah. Namun melihat pada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat untuk dia menyanyi lebih baik ketika membuat persembahan live selepas ini.
“Apa yang saya cakap ketika program itu bukannya tak betul. Perkara itu pernah viral sebelum ini. Jadi saya cakap sahajalah,” kata Atu kepada mStar.
Dia bagaimanapun berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini kerana faham ada perkara yang boleh diterima dan ada juga yang dianggap sensitif.
Atu hanya melawak, kata isteri
Terbaharu, isteri kepada pelawak berkenaan iaitu Shafeeqa Johari pula tampil memohon maaf kepada Nabila Razali.
Menurut Shafeeqa, suaminya itu hanya sekadar melawak dan terlalu banyak membaca komen yang diberikan pengguna media sosial.
“Permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu.. Atu.. sebarang saja kau ini. Banyak sangat baca komen netizen dia ini.
“Minta maaf ya Nabila Razali. Dia melawak saja. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya. Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok,” tulisnya di Instagram.
Ada setuju kenyataan Atu, ada rasa ia hanya sekadar ‘marketing’
Terdahulu tular video di mana Atu memberi komen kepada Si Tangkis, peserta The Masked Singer yang menyanyikan lagu Pematah Hati milik Nabila Razali.
Dia di dalam video itu secara spontan merasakan individu di sebalik kostum tersebut sememangnya bukan Nabila kerana penyanyi itu dikatakan tidak boleh membuat persembahan secara langsung.
Meskipun kata-kata itu agak ‘pahit’, ada yang merasakan apa yang diperkatakan adalah benar. Ada juga segelintir yang berpendapat ia hanyalah satu marketing memandangkan program tersebut adalah rakaman dan bukannya disiarkan secara langsung.
@boom.malaysia Tak semua benda boleh dijadikan bahan jenaka, jadi beringatlah sebelum berkata. #trending #viral #boommalaysia #maskedsingermalaysia #bulutangkis #nabilarazali #atuzero #voiceshaming #datoacmizal #mishaomar #kontroversi #gosipartis #artismalaysia #hangat #panas #entertainment #fyp #foryoupage ♬ original sound – Boom! Malaysia