fbpx
Now Reading
Drama Aksi Special Force: Anarchy Bakal Menemui Penonton Di Disney+ Hotstar Mulai 14 Januari

Drama Aksi Special Force: Anarchy Bakal Menemui Penonton Di Disney+ Hotstar Mulai 14 Januari

Diinspirasikan dari filem aksi popular 2018 Malaysia ‘KL Special Force’, drama siri aksi ini diarahkan oleh pengarah popular, Syafiq Yusof .

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat peminat drama aksi, mulakan keterujaan tahun baru 2023 anda dengan Special Force: Anarchy, siri Original Pertama dari Malaysia yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari.

Diinspirasikan dari filem aksi popular 2018 Malaysia ‘KL Special Force’, siri tujuh episod arahan pengarah ternama, Syafiq Yusof ini diterbitkan oleh Skop Production dan dibintangi oleh barisan pelakon terkemuka seperti Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir dan Yusuf Bahrin.

Selain tiga nama besar tersebut, drama ini turut membariskan bintang-bintang tersohor seperti Hasnul Rahmat, Alvin Wong, Johan As’ari serta Fify Azmi (pemenang anugerah ‘Pelakon Harapan Wanita Terbaik’ pada Festival Filem Malaysia ke-31), Chacha Maembong, Yusuf Bahrain, Anas Ridzuan, Elizabeth Tan, Dynas Mokhtar, dan Steve Yap.

Sinopsis ringkas

Special Force: Anarchy mengikuti perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda yang berani dari sebuah negara fiksyen, Tenggara dalam menyiasat sebuah kes rompakan bank terancang.

Siasatan yang dilakukan telah mempertemukannya dengan satu kumpulan jenayah berbahaya yang digelar Anarki sekaligus membuka satu lembaran rahsia besar yang mampu mengubah segalanya.

Watak yang akan menjadi dalang utama juga bukan calang-calang, kerana peranan itu akan digalas Dato’ M. Nasir selaku perancang utama di sebalik rompakan Bank Tenggara merangkap ketua kumpulan Anarki.

Berpeluang menyaksikan preview episod pertama Special Force: Anarchy yang berlangsung di Diamond Ballroom, EQ Hotel pada Khamis (12 Januari) kami merasakan drama bersiri ini pasti akan mendapat tempat di hati peminat drama dan filem aksi tempatan.

Ini kerana drama ini sarat dengan aksi yang banyak bermain dengan senjata api, babak tegang, dan aksi mendebarkan.

Buat anda yang mahu menontonnya, Special Force: Anarchy boleh distrim secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari ini.

Mari sama-sama menyokong drama keluaran anak tempatan!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.