fbpx
Now Reading
Sifatkan Abang Tabah, Syafiq Yusof Yakin Syamsul Boleh Perbetulkan Keadaan
Syafiq Yusof percaya abang boleh betulkan keadaan

Sifatkan Abang Tabah, Syafiq Yusof Yakin Syamsul Boleh Perbetulkan Keadaan

Menurut Syafiq, dia jarang bertemu dengan abangnya itu namun yakin Syamsul boleh memperbetulkan kemelut rumah tangga dengan cara tersendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini penerbit dan pengarah terkenal, Syamsul Yusuf telah memuat naik satu video di Instagram meminta isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana untuk kembali ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Hal ini selepas aktres itu menerusi Instagram miliknya meminta agar Syamsul melepaskannya kerana tidak mahu dimadukan dengan cara yang tidak mengikut syariat sebenar.

Baca artikel berkaitan: ‘Block’ Nombor Puteri Sarah Kerana Tidak Mahu Bergaduh, Kata Syamsul Yusof [Video]

Yakin Syamsul boleh perbetulkan isu rumah tangga

Terbaharu adik kepada pengarah berkenaan, Syafiq Yusof menyatakan dia yakin bahawa Syamsul boleh memperbetulkan semula keadaan rumah tangganya dengan cara yang tersendiri.

Memetik laporan Berita Harian, dia turut menyifatkan abangnya itu seorang yang tabah walaupun sedang berdepan dengan pergolakan rumah tangga bersama aktres berkenaan.

“Mengenai abang, dia seorang lelaki yang tabah seperti ayah kami.

“Apa sahaja masalah, kerja abang mesti siap. Saya percaya abang mampu kendalikan,” jelasnya kepada BH Online.

Tak campur urusan peribadi abang

Syafiq bagaimanapun memaklumkan dia tidak mencampuri urusan peribadi Syamsul memandang kedua-duanya sibuk dengan pelbagai projek serta penggambaran filem.

“Kami tidak duduk serumah dan jarang berjumpa. Kali terakhir berjumpa pada Aidilfitri lalu. Tetapi, perbualan lebih kepada filem dan projek baharu.

“Kami bercakap di telefon pula sekitar dua bulan lalu, tetapo sama ada berkaitan soal kerja atau peribadi, biarlah saya simpan sendiri,” ujarnya.

Belum jumpa Ira Kazar, isteri kedua Syamsul

Sementara itu, Syafiq dalam masa sama turut menyatakan dia belum lagi berjumpa Ira Kazar iaitu isteri kedua kepada Syamsul.

Dia dalam masa sama turut menyatakan dia tidak pasti adakah kedua ibu bapanya telah berjumpa Ira atau belum.

“Saya tak berjumpa lagi, saya juga tak pasti ibu bapa juga begitu. Kalau boleh, soal keluarga biarlah kekal sebagai hak peribadi keluarga.

“Namun, saya faham, kami adalah keluarga seni, jadi terpaksa terima bila jadi perhatian.

“Bagaimanapun, sesiapa berfikiran waras boleh tahu tak semua perkara dalam internet benar. Ada bercampur baur, malah kebanyakannya mungkin fitnah,” ucapnya lagi.

Harap orang ramai berhenti buat spekulasi tak betul

Syafiq yang juga seorang pengarah turut meminta agar orang ramai berhenti dari membuat sebarang spekulasi tidak betul yang boleh membuatkan keadaan keluarga menjadi buruk.

“Paling utama, saya harap netizen tidak buat andaian bukan-bukan. Selain itu, saya harap isu ini selesai cepat dan tak nak soal peribadi keluarga terus menjadi bualan ramai.

“Tiada apa yang saya dapat katakan. Cuma, saya mendoakan kebahagiaan dan ketenangan ibu bapa dan keluarga.

“Saya tak masuk campur, namun sebagai adiknya, saya tetap doakan kebahagian dan ketenangan Syamsul dan keluarganya,” jelas pengarah itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.