fbpx
Now Reading
“Sudah Masa Segala-Galanya Ditamatkan” – Puteri Sarah Failkan Perceraian 16 Januari Ini
Sarah nak failkan perceraian

“Sudah Masa Segala-Galanya Ditamatkan” – Puteri Sarah Failkan Perceraian 16 Januari Ini

Puteri Sarah turut menyatakan dia tidak mahu melengah-lengahkan masa dan keputusan untuk memfailkan perceraian mendapat persetujuan keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekoran dari pergolakan rumah tangganya yang bagai tiada penghujung, aktres, Puteri Sarah Liyana memaklumkan bakal memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin (16 Januari) hadapan.

“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera.

“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin (16 Januari) ini.

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.

“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” ujar Puteri Sarah lapor Harian Metro yang dipetik dari BH Online.

Bersyukur keputusan tidak dihalang keluarga

Jelas isteri pertama Syamsul Yusof itu, dia bersyukur kerana mempunyai keluarga dan keluarga mentua yang tidak menghalang keputusan yang ingin dilakukannya.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.

“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.

“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” jelasnya.

Semalam (12 Januari) peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon wanita berkenaan mengesahkan anak guamnya akan memfailkan penceraian pada 16 Januari ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Syamsul Yusof menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram meminta agar isterinya itu untuk pulang ke rumah dan berbincang mengenai isu rumah tangga mereka.

Selain turut menjelaskan mengapa dia mengambil tindakan untuk menyekat isterinya itu kerana tidak mahu bergaduh.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.