“Keputusan Saya Muktamad” – Puteri Sarah Sah Fail Cerai Terhadap Syamsul Yusof
Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas hampir beberapa tahun berdepan kemelut rumah tangga, aktres Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hari ini (16 Julai) memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menurut Puteri Sarah, keputusan yang dilakukannya hari ini adalah jalan terbaik dan muktamad.
“Tiada peluang kedua untuk Syamsul..”
Sarah yang hadir memakai jubah hitam dan ditemani dua ahli keluarganya turut dilihat bersemangat sebaik selesai membuat permohonan cerai itu.
“Saya sudah fikir masak-masak. Tiada peluang kedua untuk Syamsul. Ini jalan terbaik.
“Saya sudah bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani,” kata Sarah kepada media.
Keberadaan Sarah di sana turut ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.
Menurut Sinar Harian, permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebagai rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Mereka bagaimanapun dikhabarkan mula berdepan krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu selain muncul dakwaan yang mengatakan Syamsul mempunyai hubungan dengan wanita lain iaitu Ira Kazar.
Teka-teki hubungan itu akhirnya terjawab apabil Syamsul pada 6 Januari lalu, membuat pengakuan bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.
Sarah pada 13 Januari kemudiannya mengesahkan akan memfailkan tuntutan perceraian selepas selesai membuat perbincangan bersama keluarga
Sarah pada 13 Januari kemudiannya mengesahkan akan memfailkan tuntutan perceraian selepas selesai membuat perbincangan bersama keluarga dan keluarga mentuanya.
Baca artikel berkaitan: