fbpx
Sharnaaz ahmad mengaku tak bersalah

Sharnaaz Ahmad Mengaku Tak Bersalah Cederakan Lelaki, Sedia Dengan Sebarang Keputusan Mahkamah

Sharnaaz yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Jun lalu, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad telah direman oleh pihak berkuasa selepas dia didakwa mencederakan seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur.

Sharnaaz kemudian turut memuat naik satu video di Intagram miliknya bagi menjelaskan hal yang sebenar dan menyatakan setiap cerita yang di sampaikan adalah secara ringkas dan bukan kenyataan rasmi.

Ini kerana pelakon berkenaan telah dinasihatkan oleh pihak polis dan juga peguam agar menanti sehingga keputusan Mahkamah dikeluarkan terlebih dahulu.

Baca artikel berkaitan: “Demi Allah Saya Tak Tumbuk, Pijak, Cekik & Tendang Perut..” – Sharnaaz Ahmad

Siap sedia dengan sebarang keputusan mahkamah

Terbaharu, Sharnaaz Ahmad memaklumkan dia bersedia dengan sebarang kemungkinan keputusan mahkamah berhubung pertuduhan tersebut.

Memetik laporan Kosmo, pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu menyerahkan perkara tersebut kepada pihak mahkahmah kerana tidak berhak untuk menentukan dirinya salah mahupun tidak.

“Nak kata saya salah atau betul, itu bukan saya atau siapa-siapa yang akan tentukan disini. Jadi, itu kita serahkan kepada pihak mahkamah. Mereka yang lebih arif tentang perkara tersebut.

“Nak kata sama ada kita bersedia atau tidak, kita perlu juga bersedia. Benda dah pun berlaku. Benda yang terjadi ada sebab. Dan, benda yang terjadi, ada yang betul di belakangnya,” jelas aktor itu.

Mengaku tak bersalah & dibenarkan diikat jamin RM2,000

Pada hari ini (18 Januari) Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Dalam pada itu, peguamnya, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat menyatakan selain mengaku tidak bersalah pelakon itu juga telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2,000 selepas dikurangkan dari jaminan asal yang bernilai RM5,000.

“Sharnaaz dituduh bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang mana pertuduhan dibacakan kepada Sharnaaz dan dia mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin iaitu pengurus Sharnaaz.

“Mahkamah menetapkan tarikh sebutan akan datang adalah pada 6 Mac untuk serahan dokumen, dan pihak peguam anak memfailkan representasi pada pihak pendakwaan untuk memohon bagi mengugurkan tuduhan.

“Jadi buat masa ini, pihak kami akan mengumpulkan dokumen yang akan diberikan kepada pihak pendakwaan pada 6 Mac nanti. Status anak guam mengaku tidak bersalah dan dia sudah dijamin dan proses jaminan sudah diselesaikan sebentar tadi. Insya-Allah kita akan jumpa pada 6 Mac 2023,” ujar peguam itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.