fbpx
Now Reading
Kontroversi Filem Pulau: “Siapa Tak Suka, Tak Perlu Tengok” – Ikmal Amry

Kontroversi Filem Pulau: “Siapa Tak Suka, Tak Perlu Tengok” – Ikmal Amry

Dia yang tidak terlibat dalam sebarang babak panas bagaimanapun mengakui ada membuka baju sekiranya diperlukan untuk babak-babak tertentu antaranya ketika berenang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan, filem tempatan bergenre seram, Pulau yang bakal menemui penonton pada Mac ini antara topik yang paling hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Bukan sahaja menerima respon negatif dari netizen dan golongan pendakwah, malahan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut mengakui bahawa terdapat beberapa adegan di dalam trailer filem itu yang disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak menitikberatkan budaya kesopanan yang diamalkan rakyat Malaysia.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

FINAS Akui Trailer Pulau Ada Adegan Keterlaluan Namun Kelulusan Di Bawah LPF

Sifatkan Filem Pulau Tidak Sesuai Untuk Penonton Di Malaysia, Mapim Minta LPF Semak Kelulusan Semula

Sedar dengan isu tersebut, salah seorang pelakon Pulau, Ikmal Amry meminta orang ramai yang tidak menggemari babak-babak keterlaluan itu agar tidak menonton filem berkenaan.

“Tiada siapa paksa anda semua tonton. Siapa tidak suka, tidak perlu tengok. Kena bayar kot.”

Dia yang tidak terlibat dalam sebarang babak panas bagaimanapun mengakui ada membuka baju sekiranya diperlukan untuk babak-babak tertentu antaranya ketika berenang.

“Ketika itu, isteri saya sedang sarat mengandung. Bila baca skrip, memang tidak ada babak panas. Saya sudah berkahwin, kalau boleh memang akan elakkan babak sebegitu. Kasihan isteri saya.

“Tetapi, memang ada babak buka baju untuk berenang dan sebagainya. Itu sahaja. Saya buka baju hanya untuk babak yang memerlukan. Bukan hari-hari tayang badan. Tengok skrip dan keperluan,” kata Ikmal dipetik dari Utusan.

Tambah pelakon itu lagi, orang ramai boleh memilih genre filem bersesuaian dengan minat masing-masing tanpa perlu terlebih dahulu menghakimi sesebuah karya.

“Dalam YouTube pun banyak babak ‘panas’ sebegitu. Kalian boleh memilih untuk tidak perlu menonton.

“Apabila sudah meninggalkan komen, maksudnya kalian memilih untuk menonton video sebegitu,” katanya kepada Kosmo.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar tidak menghukumnya memandangkan dia tidak terlibat sama sekali dengan sebarang babak yang disifatkan netizen sebagai ‘panas’.

“Saya tahu ada adegan panas, tetapi itu tiada kaitan dengan saya. Macam inilah, kalau tidak suka, tidak perlu tonton. Saya tidak galakkan. Tetapi, jangan hukum saya sebab saya tidak buat adegan itu,” katanya lagi.

Sebagai rekod, Pulau turut menampilkan barisan-barisan pelakon hebat seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Harris Anuar, Sabronzo dan ramai lagi. Malah ia turut menampilkan DJ dan bekas pelakon lucah, Ms Puiyi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.