fbpx
Now Reading
Sifatkan Filem Pulau Tidak Sesuai Untuk Penonton Di Malaysia, Mapim Minta LPF Semak Kelulusan Semula
Mapim bantah kelulusan filem pulau

Sifatkan Filem Pulau Tidak Sesuai Untuk Penonton Di Malaysia, Mapim Minta LPF Semak Kelulusan Semula

Menurut Presiden Mapim Mohd. Azmi Abdul Hamid, filem Pulau mempunyai adegan yang tidak senonoh selain bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, isu filem tempatan berjudul Pulau menjadi bualan hangat di kalangan pengguna media sosial selepas filem itu mengeluarkan trailer yang dikatakan mempunyai adegan yang tidak senonoh.

Malah filem itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta agar filem berkenaan ditapis sekali lagi sebelum ditayangkan di layar perak pada Mac nanti.

FINAS tak bertanggungjawab dalam berikan kelulusan

Sebelum ini, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut menyatakan bahawa pihaknya tidak bertanggungjawab untuk memberikan kelulusan kepada filem tersebut.

Sebaliknya memaklumkan garis panduan bagi kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF).

Baca artikel berkaitan: FINAS Akui Trailer Pulau Ada Adegan Keterlaluan Namun Kelulusan Di Bawah LPF

Mapim bantah kelulusan filem pulau

Terbaharu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah membuat bantahan terhadap kelulusan tayangan yang diberi oleh LPF kepada filem Pulau selain turut meminta agar ia disemak semula.

Memetik laporan Kosmo, Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid menyatakan filem itu adalah tidak sesuai untuk ditonton oleh orang awam memandangan ia mempunyai aksi tidak senonoh seperti dalam trailer yang tular di media sosial.

Sehubungan itu pihaknya tertanya-tanya bagaimanakah filem itu boleh diluluskan tayangan bermula 9 Mac depan.

“Jadi, kita minta LPF menyemak semula kelulusan yang diberi. Mapim membantah sebarang bahan media yang menonjolkan unsur kelucahan melampau. Ini bercanggah dengan Rukun Negara berkenaan kesopanan dan kesusilaan,” ujarnya.

Untuk maklumat, filem seram itu turut dilakonkan oleh Alif Satar, Amelia Henderson, Alexender Henderson, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, dan banyak lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.