fbpx
Now Reading
Pulau Adalah Filem Seram Bukan Filem Porno, Kata LPF

Pulau Adalah Filem Seram Bukan Filem Porno, Kata LPF

Terdahulu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, turut mengakui trailer filem tersebut agak kurang sesuai untuk tayangan umum.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lembaga Penapis Filem (LPF) menjelaskan bahawa filem kontroversi, Pulau bukanlah filem lucah seperti yang didakwa segelintir pihak. Sebaliknya ia merupakan sebuah filem seram.

Agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem akan memberikan perhatian khusus berpandu kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010.

Garis panduan tersebut merangkumi pelbagai aspek antaranya :

  • Keselamatan dan Ketenteraman Awam
  • Keagamaan
  • Sosiobudaya
  • Ketertiban dan Ketatasusilaan

Dapati ada perbezaan antara kandungan treler dengan kandungan yang dihantar untuk penapisan

Namun LPF mendapati terdapat perbezaaan antara kandungan treler yang dikongsikan di dalam media sosial dengan kandungan yang telah dikemukakan untuk tujuan penapisan.

“LPF mengambil maklum akan isu berbangkit setelah promosi filem itu dibuat melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial.

“Treler Pulau telah ditayangkan secara dalam talian, maka didapati bahawa kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF.”

Tambah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu lagi, pihaknya sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan.

Terdahulu filem Pulau yang bakal ditayangkan pada Mac depan teruk menerima kecaman pengguna media sosial dan agamawan kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.

Bahkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, turut mengakui treler filem tersebut agak kurang sesuai untuk tayangan umum.

Beliau bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada LPF dalam membuat keputusan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.