fbpx
Now Reading
Beri Kritikan Hingga Buat Sissy Iman Menangis, Mas Idayu Dakwa Ia Sebab Sayang
Mas Idayu komen tegas

Beri Kritikan Hingga Buat Sissy Iman Menangis, Mas Idayu Dakwa Ia Sebab Sayang

Jelas Naim Daniel yang merupakan peserta dalam program tersebut dia turut menyatakan ia adalah satu pengalaman yang tidak menarik untuk diingati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu yang mengkritik serta memberi komen yang tegas kepada peserta dan juga penyanyi, Naim Daniel dan Sissy Iman semasa menjadi juri di dalam sebuah program realiti iaitu Famili Duo.

Tindakan tersebut yang dibuat usai persembahan Naim dan Sissy Iman pada malam 22 Januari (Ahad) membuatkan penyanyi wanita itu menangis teresak-esak.

Mungkin terlalu kecewa, Sissy kemudiannya turut memuat naik satu hantaran di Instagram seolah-olah sedang menggambarkan kesedihan yang dirasainya.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai yang kurang selesa dengan cara komen tersebut disampaikan kepada peserta selain turut beranggapan ia sedikit keterlaluan.

Cara tunjukkan kasih sayang pada peserta

Terbaharu, Mas Idayu menyifatkan komen yang dilontarkannya kepada peserta adalah cara dia menunjukkan rasa kasih sayangnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi dangdut berkenaan dalam satu video yang dikongsikan oleh Buletin FM.

“Tak kisahlah pelajar atau peserta, kita (juri) tunjuk rasa sayang dengan cara begitu. (Mereka) akan menggantikan dan jadi pelapis ni nanti. Macam tu kita tunjuk rasa kasih sayang kita.

“Tapi kalau dah Mas Idayu macam ‘Okay ya, okay yang ini bolehlah persembahan awak.’ Itu bermakna mami (Mas Idayu) dah tak ambil tahu,” jelasnya.

Akui ia pengalaman tak ‘menarik’, faham reaksi ditunjukkan Sissy Iman

Menerusi video sama, BuletinFM turut menemubual Naim Daniel di mana penyanyi tersebut merasakan apa yang berlaku dalam program reliti di TV3 itu adalah satu pengalaman.

“Naim rasa apa yang berlaku semalam (22 Januari) itu adalah satu lagi pengalaman sebab Naim percaya dekat sini pun kita orang (dia dan Sissy Iman) datang atas kapasiti untuk menghiburkan penonton di rumah dan juga di studio.

“Jadi mungkin tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu kata-kata yang dilemparkan itu agak berbezalah. Pada Naim itu adalah satu pengalaman yang tak berapa menariklah untuk diingati,” ujarnya.

Cuba hubungi Sissy namun gagal

Menurut Naim, dia cuba untuk menghubungi Sissy Iman yang juga rakan duetnya dalam program tersebut namun gagal.

Jelas Naim, dia juga faham dengan reaksi yang diberikan sepupunya itu memandangkan sudah menjadi lumrah bahawa kata-kata merupakan ‘alat’ paling berkuasa di dalam dunia ini.

Malah Naim turut dilihat memuat naik satu hantaran di Instagram seolah-olah memujuk Sissy Iman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.