fbpx
Now Reading
Raih RM71 Juta, Saluran YouTube Les’ Copaque Catat Kutipan Tertinggi Di Malaysia

Raih RM71 Juta, Saluran YouTube Les’ Copaque Catat Kutipan Tertinggi Di Malaysia

Saluran YouTube Les’Copaque yang terkenal dengan animasi Upin & Ipin itu berjaya menjadi lima saluran YouTube paling menguntungkan di Asia Pasifik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seiring dengan kemajuan teknologi, kebanyakan individu yang ingin menjadi pencipta konten sudah mula menceburi bidang tersebut menerusi saluran YouTube.

Hal ini kerana setiap orang mampu mencipta akaun YouTube mereka sendiri dan memuat naik video-video yang telah direkod dan disunting oleh mereka.

Lebih menarik lagi, mereka juga mampu menjana pendapatan melalui laman penstriman tersebu. Jjadi tidak hairanlah kebanyakan pencipta kandungan (content creator) terawal mahupun syarikat produksi terkenal pada masa kini sudah pun bergelar jutawan.

YouTube Les’ Copaque raih pendapatan yang paling tinggi di Malaysia

Di Malaysia syarikat Les’Copaque Production muncul sebagai saluran yang berjaya meraih pendapatan tertinggi di negara ini sejak ia diperkenalkan.

Menurut laporan Kosmo yang memetik Saving Spot, saluran YouTube yang terkenal itu telah berjaya menjana pendapatan sebanyak $16.73 juta (RM71 juta).

Hal ini sekaligus menjadikan syarikat produksi selaku pengeluar animasi tersohor Ipin & Ipin itu menjadi lima saluran paling menguntungkan di Asia Pasifik.

Foto: Saving Spot

Saluran YouTube kanak-kanak antara yang paling menguntungkan

Difahamkan, saluran YouTube yang menyasarkan tontonan daripada golongan kanak-kanak adalah yang paling menguntungkan.

Berdasarkan senarai itu juga, rancangan kanak-kanak Didi & Friends turut berjaya menjana $10.56 juta (RM45 juta) sekaligus menjadi saluran kedua meraih pendapatan tertinggi di Malaysia.

Les’Copaque mula ditubuhkan pada tahun 2005

Untuk info, Les’ Copaque Production sdn bhd (LCP) mula ditubuhkan pada akhir tahun 2005 oleh penerbit Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Ainon Arif.

Les’ Copaque juga merupakan salah satu syarikat yang memperkenalkan animasi 3D yang berkualiti seperti yang dapat dilihat dalam animasi tersohor Upin & Ipin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.