fbpx
Now Reading
“Tolong Maafkan Saya” – Bella Dedah Perbualan, Persoal Tindakan Sophia AlBakrabah Tak Hadir Sidang Media
Soal tindakan tak datang sidang media

“Tolong Maafkan Saya” – Bella Dedah Perbualan, Persoal Tindakan Sophia AlBakrabah Tak Hadir Sidang Media

Menurut wakil produksi ketidak hadiran aktres, Sophia AlBakrabah ke sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah adalah kerana pertukaran jadual penggambarannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak berang apabila rumah tangga yang baharu sahaja kembali bahagia kini cuba diganggu oleh orang luar.

Mungkin itulah yang sedang dihadapi oleh Bella Astillah apabila mendakwa rumah tangganya bersama Aliff Aziz telah diganggu oleh seorang pelakon wanita.

Menerusi satu temu bual sebelum ini, Bella turut memaklumkan bahawa pelakon wanita berkenaan turut cuba menghubungi suaminya sebanyak tujuh hingga lapan kali.

Baca artikel berkaitan: “Dia Kata Dia Bodoh, Tersuka Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Jatuh Hati Pada Aliff Aziz [Video]

Bella persoal tindakan Sophia AlBakrabah tak datang sidang media

Terbaharu penyanyi dan juga pelakon, Bella Astillah telah mempersoalkan tindakan pelakon wanita drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia AlBakrabah yang tidak hadir semasa sesi sidang media drama berkenaan, semalam (1 Februari).

“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang sidang media?,” soal Bella.

Memetik laporan Harian Metro, Sophia yang juga heroin di dalam drama berkenaan sepatutnya hadir ke sesi tersebut namun tidak memunculkan diri.

Ketidak hadiran aktres berkenaan kemudian dimaklumkan oleh salah seorang wakil produksi yang dikenali sebagai Farid 15 minit sebelum sesi sidang media berlangsung.

Tak hadir sesi sidang media kerana pertukaran jadual penggambaran

Kata Farid, ketidak hadiran pelakon wanita berkenaan adalah disebabkan pertukaran jadual penggambarannya.

“Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi sayalah orang paling takut nak cakap benda yang tak betul. Kenapa saya berani bagi kenyataan sebab ia sahih,” ujar Bella.

Bella dedah perbualan dengan individu ganggu rumah tangga

Bella dalam masa yang sama turut mendedahkan perbualan bersama dengan individu dipercayai Sophia yang memohon maaf kepadanya selain turut menyatakan mahu menebus kesalahan yang dilakukan.

Malah individu berkenaan turut merayu agar Bella tidak memberitahu ibu bapanya kerana bapanya mempunyai masalah serangan jantung.

Sementara itu, Bella memaklumkan dia tidak bercadang untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan lanjut, tetapi melihat status yang ditulis oleh aktres berkenaan membuatkannya rasa kurang senang.

“Saya tiada perancangan nak bagi apa-apa kenyataan dah, tapi bila saya tengok Sophia pun bagi kenyataan konon tak nak terbabit satu Malaysia, tapi inilah sebabnya dia tak nak masuk campur satu Malaysia,” jelasnya.

Katanya, apa yang dikongsikan olehnya hanyalah 10% sahaja.

Pelakon wanita tak nak burukkan lagi keadaan

Terdahulu, pelakon wanita berkenaan ada memuat naik satu status menyatakan dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

“Bayangkan, pihak sana buat statement (kenyataan) lepas tu saya buat statement dan pihak sana keluarkan kenyataan lagi. Jadi nanti akan cetus pergaduhan, netizen pula akan pilih pihak ini pihak itu dan jadi perbalahan antara semua.

“Bukan sesuatu yang bagus bukan? Jadi saya harap rakan media akan biar benda ni hilang sendiri. Tak nak lah orang asyik cerita tentang isu ini please (tolong). Sebab sekarang saya tengah shooting (penggambaran) drama ni dan kita nak fokus buat terbaik,” katanya.

Ujarnya lagi perkara ini boleh diselesaikan antara pihak yang terlibat secara persendirian dan dia tidak mahu melibatkan seluruh negara.

“Saya harap awak faham.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.