fbpx
Now Reading
KJ Sah Jadi Penyampai Radio Hot FM Mulai 15 Februari Ini!
KJ jadi Dj

KJ Sah Jadi Penyampai Radio Hot FM Mulai 15 Februari Ini!

KJ mengesahkan penyertaan beliau bersama Hot FM menerusi satu temubual di dalam telefon semasa segmen Bekpes Hot bersama Johan, AG dan juga Datuk AC Mizal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Media Prima Audio (MPA) telah menawarkan jawatan Penyampai Radio di Hot FM kepada bekas Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) dalam satu surat terbuka yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi tawaran tersebut sekiranya diterima beliau bakal digandingkan bersama tiga penyampai tetap radio berkenaan iaitu Johan, Fara Fauzana serta AG dalam segmen Bekpes Hot bermula jam 6 hingga 10 pagi pada Isnin hingga Jumaat.

MPA sahkan KJ akan jadi penyampai radio di Hot FM

Terbaharu, MPA mengesahkan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut bermula pada 15 Februari ini.

Memetik laporan Berita Harian, MPA dalam kenyataannya menyatakan mulai Rabu (15 Februari) depan KJ akan memulakan tugasnya sebagai penyampai radio dengan mengendalikan segmen pagi stesen berkenaan iaitu Bekpes Hot.

KJ turut sahkan sertai Hot FM dalam satu temubual

Malah pada awal pagi tadi, KJ turut mengesahkan penyertaan beliau di dalam Hot FM menerusi satu temubual di dalam telefon semasa segmen Bekpes Hot bersama Johan, AG dan juga Datuk AC Mizal.

Tambah MPA, selari dengan ‘tagline’ Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik,’ kehadiran bekas pemimpin yang bakal digandingkan dengan penyampai tonggak utama pasti akan memberikan satu suasana yang baharu dan lebih menarik buat stesen dan segmen berkenaan.

Kehadiran KJ adalah untuk pastikan kandungan segmen lebih fresh dan relevan

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran menyatakan peluang yang ditawarkan kepada ahli politik itu adalah untuk memastikan kandungan segmen pagi stesen berkenaan menjadi lebih menarik dan relevan kepada pendengar.

“Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar,” ujarnya.

Beri impak kepada Hot FM dan tarik ramai pendengar baharu

Jelas Nazri, pelantikan tersebut dapat memberi impak yang lebih bagus kepada Hot FM dan seterusnya dapat menarik ramai lagi pendengar baharu.

“Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada KJ kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Bekpes Hot,” ucapnya.

Dalam pada itu, Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Shah Hayatudin memaklumkan perbincangan bersama KJ telah dilakukan di mana mereka bakal membawa kandungan hebat bagi pendengar Hot FM serta pengikutnya.

“Khairy ada idea untuk mewarnakan lagi segmen Bekpes Hot. Jadi pendengar perlu nantikan kemunculan beliau bersama Johan, Fara Fauzana dan AG mulai 15 Februari ini,” katanya.

Difahamkan KJ akan mengendalikan Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.