Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Bersempena 10 tahun penubuhan, Qew Communications Sdn. Bhd (QewComm) bakal menganjurkan satu konsert amal yang diberi nama “Qew Communications Sd Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert” pada 17 Mac ini.
Bakal diadakan di The Westin Hotel bermula jam 8 malam hingga 11 malam, konsert amal ini bertujuan untuk mengumpulkan dana dan diserahkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih antaranya:
Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM)
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di bawah Jelajah Amal Solidariti for Iskandar Spring
Pengarah QewComm Datin Nor Rahizahwati berkata, setiap badan kebajikan yang dipilih ini mempunyai satu agenda yang sama iaitu membantu golongan yang memerlukan khususnya penggiat seni.
Yang menariknya, konsert amal ini menjanjikan persembahan khas dari artis ternama iaitu Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, Dayang Nurfaizah, dan Ella.
Nor Rahizahwati juga yakin amai yang merindui gandingan Khadijah Ibrahim dan Ramli Sarip di atas satu pentas yang berprestij.
Selain itu, beberapa pemuzik akan turut mewakili ‘Solidariti for Iskandar Spring’ iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah.
Mereka semua akan diiringi oleh pemuzik profesional tanahair iaitu Ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.
Pada malam berprestij tersebut, beberapa VVIP, menteri dan timbalan menteri turut dijemput antaranya Datuk Sri Hajjah Nancy Binti Haji Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital), Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Steven Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Kewangan II).
Menurut QewComm, sebahagian dari jemputan tersebut telah pun mengesahkan kehadiran mereka.