fbpx

Netflix Turun Harga Basic Plan Daripada RM35 Kepada RM28

Pengurangan ini akan menyaksikan penjimatan sebanyak RM7 sebulan atau RM84 setahun untuk semua pelanggan Basic Plan baharu dan juga pelanggan sedia ada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Netflix Malaysia telah mengurangkan harga langganan bulanan untuk pelan Basic mereka daripada RM35 sebulan kepada RM28 sebulan berkuat kuasa hari ini, 21 Februari.

Pengurangan ini akan menyaksikan penjimatan sebanyak RM7 sebulan atau RM84 setahun untuk semua pelanggan Basic Plan baharu dan juga pelanggan sedia ada.

Menurut Netflix, kemaskini caj tersebut akan dilakukan kepada akaun pelanggan sedia ada dalam beberapa minggu akan datang bagi kitaran bil berikutnya.

Semakan kami di laman Netflix bagaimanapun mendapati pengurangan ini hanya terpakai untuk Basic Plan manakala yuran langganan bagi pelan lain adalah kekal seperti biasa iaitu RM17 untuk Mobile Plan, Standard (RM45) dan Premium (RM55).

Satu yang pasti, tawaran ini boleh disifatkan sebagai menguntungkan pelanggan di Malaysia memandangkan Netflix sebelum ini telah menaikkan caj langganan mereka di negara luar termasuk Amerika Syarikat.

Bahkan caj Basic Plan terbaharu itu adalah yang terendah pernah ditawarkan Netflix untuk pelanggan di negara kita.

Jika ingin dibandingkan, harga asal mereka sewaktu membuat kemunculan sulungnya di negara ini pada 2016 adalah RM33 sebelum dinaikkan kepada RM35 pada 2020.

Sebagai info, Basic Plan sebelum ini hanya menyediakan sokongan SD 480p sahaja sebelum dinaik taraf kepada tontonan HD 720p pada penghujung tahun 2022.

Ia bagaimanapun masih mengekalkan ciri-ciri lain iaitu hanya boleh ditonton di 1 skrin sahaja pada satu-satu masa namun menyokong tontonan di telefon, tablet, komputer serta di TV.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.