fbpx
Now Reading
Keluarga Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Tumbuk Isteri Hingga Cedera

Keluarga Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Tumbuk Isteri Hingga Cedera

Difahamkan, kejadian didakwa berlaku ketika dia bersama suaminya berada di dalam kereta di sekitar kawasan R&R Sungai Buloh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ahli keluarga Nurul Shuhada, Isteri kepada pelakon terkenal Hafidz Roshdi mendakwa wanita itu telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

“Ya, kakak saya ditumbuk oleh suaminya,” demikian kata ahli keluarga Shuhada kepada Kosmo.

Kejadian berlaku dalam kereta semasa berada di sekitar kawasan R&R Sungai Buloh

Menurut wanita itu yang enggan mendedahkan namanya, kejadian tersebut berlaku di dalam kereta berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh. Ia bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan yang serius.

“Saya difahamkan pergelutan berlaku antara mereka di dalam sebuah kereta berhampiran lokasi tersebut.

“Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka dan saya terus membawanya ke balai polis untuk buat laporan dan hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Shuhada dalam keadaan baik dan telah dibenarkan pulang ke rumah

Menurutnya, keadaan Shuhada pada masa ini dalam keadaan baik dan telah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.

“Alhamdulillah keadaannya stabil cuma lukanya perlu dijahit dan dinasihatkan berehat di rumah.

“Selain itu, Shuhada juga melakukan rawatan lanjut bagi mengenal pasti tiada sebarang kecederaan serius berlaku seperti patah berlaku. Cuma, dia kini terkesan dengan apa yang berlaku,” katanya lagi.

Pihak polis sahkan terima laporan mengenai pelakon lelaki tumbuk isteri

Hari ini (2 Mac), pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis mengenai pelakon lelaki yang didakwa menumbuk isterinya sekitar pukul 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang giat dijalankan dan pihaknya dalam proses untuk merakam percakapan mangsa.

Jelasnya lagi, kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

Shuhada kongsi foto muka berbalut

Berdasarkan perhatian kami, Shuhada menerusi satu muat naik di IG Story berkongsi foto bahagian muka kirinya yang berbalut dipercayai mengalami kecederaan.

“Shu minta maaf sebab tak dapat beri tanggungjawab buat masa ini sebab Shu sedang terima rawatan di hospital,” tulisnya pada muat naik tersebut.

Foto: Instagram/shushukriii

Sebelum ini, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin lalu (27 Februari).

BuzzKini juga pernah melaporkan mengenai lafaz cerai yang dibuat oleh Hafidz melalui panggilan telefon dan disaksikan oleh ahli keluarganya.

Sekadar info, kemelut rumah tangga pasangan ini mula tercetus apabila kecoh di media sosial mengenai dakwaan Hafidz

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.