fbpx
Now Reading
“Kini Hati Pun Telah Tawar” – Jep Dedahkan Punca Shuib Tak Lagi Bersama Sepahtu Reunion

“Kini Hati Pun Telah Tawar” – Jep Dedahkan Punca Shuib Tak Lagi Bersama Sepahtu Reunion

Menurut Jep, dia tidak mahu masalah tersebut dipanjangkan lagi dan namanya dikaitkan dengan publisiti murahan yang dilakukan oleh segelintir pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kumpulan lawak Sepahtu bukanlah sesuatu yang asing lagi buat rakyat Malaysia, bahkan gandingan kumpulan ini juga diminati oleh ramai.

Namun, selepas ketiadaan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di dalam kumpulan tersebut, para peminat sering mengajukan pelbagai soalan atas apa yang berlaku.

Jep Sepahtu dedah punca sebenar yang berlaku

Setelah sekian lama mendiamkan diri, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nazri Zainal Abidin akhirnya tampil mendedahkan punca sebenar mengapa Shuib tidak lagi bersama Sepahtu Reunion Live (SRL).

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Jep berkata dia tidak mahu masalah tersebut dipanjangkan lagi dan namanya dikaitkan dengan publisiti murahan yang dilakukan oleh segelintir pihak.

“Jadi harini saya akan bagi tahu kenapa dia takda dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah.

“Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah,” katanya di Instagram.

Shuib digantung 2 minggu dari Sepahtu Reunion Live kerana buat lawak lucah

Menurut Jep, segalanya bermula ketika ada satu episod yang dimainkan oleh Shuib dalam SRL mendapat kecaman teruk dari penonton kerana didakwa terdapat unsur lucah ketika babak dia sedang memarut kelapa.

Susulan itu, pihak Astro mengenakan tindakan penggantungan selama dua minggu selain meminta Shuib untuk memohon maaf secara terbuka, kata Jep.

“Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur. Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal. Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba. Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita.”

Jep Sepahtu

Shuib hanya beri kenyataan tergantung dan beri tanda tanya

Jelasnya lagi, para peminat SRL terus menerus menanyakan soalan namun tidak ada kenyataan sebenar dikeluarkan Shuib atas apa yang berlaku. Sebaliknya apa yang keluar hanyalah kenyataan tergantung yang mendatangkan tanda tanya.

“Saya perhati saja. Fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia. Sepahtu tidak pernah buang dia. Malah di satu waktu kami yang tertunggu dia kembali.

“Di saat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu-mangu.

“Tak apalah. Kini hati pun telah tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah indah saya simpan sendiri,” ujar Jep.

Harap peminat tidak terus mendesak, Jep tetap doakan kejayaan Shuib

Pada masa sama, Jep berharap agar para peminat tidak terus menerus bertanya dan mendesak mereka untuk bersama lagi selain dia juga tidak menyimpan perasaan marah dan dendam cuma ingin memberi kenyataan yang sebenarnya.

Di akhir perkongsian, Jep juga akan terus mendoakan kejayaan Shuib walaupun kini sudah tidak bersama kumpulan Sepahtu lagi.

Terdahulu, status Shuib di dalam kumpulan Sepahtu kembali hangat menjadi bualan ramai setelah pelawak dan ahli perniagaan itu dilihat menyertai rancangan Ubi Superstar di saluran Astro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.