fbpx
Now Reading
Masih Bergelar Suami Isteri, Mahkamah Perintah Puteri Sarah & Syamsul Lantik JKP
mahkamah arah lantik JKP

Masih Bergelar Suami Isteri, Mahkamah Perintah Puteri Sarah & Syamsul Lantik JKP

Sarah menerusi dokumen yang dihantar ke mahkamah berkata, punca permohonan penceraian adalah kerana tiada lagi persefahaman dan berlaku shiqaq antara dia dan Syamsul.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 16 Januari yang lalu, isteri kepada pengarah terkenal Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai bersama suami Syamsul Yusod di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Keputusan untuk membuat permohonan bercerai itu dilakukan Sarah yang juga pelakon selepas berlaku konflik di dalam rumah tangga dan bertahun-tahun berusaha untuk menyelamatkannya.

Malah Syamsul pada awal Januari lalu turut membuat pengakuan bahawa dia telah bernikah dengan isteri barunya, Ira Kazar menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram.

Baca artikel berkaitan: “Keputusan Saya Muktamad” – Puteri Sarah Sah Fail Cerai Terhadap Syamsul Yusof

Mahkamah perintah pasangan selebriti lantik JKP untuk rujuk kes mereka

Hari ini (7 Mac) pasangan suami isteri itu diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur agar melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes permohonan cerai tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Syarie Akmaluddin Illyas semasa prosiding berjalan pada 9.45 pagi tadi mengarahkan agar proses berkenaan dibuat selepas kes tersebut disebut dihadapannya dan dihadiri oleh kedua pihak.

Ketika di Mahkamah kelihatan Sarah hadir bersama dengan peguam syarie yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader dan Roshdan Sujak pula mewakili Syamsul.

Mohon cerai kerana tiada persefahaman dan berlaku shiqaq

Berdasarkan dokumen yang diterima oleh pihak mahkamah, punca permohonan cerai itu dilakukan adalah disebabkan tiada lagi bersefahaman antara pasangan serta berlaku shiqaq (perselisihan berpanjangan) dan tidak boleh hidup bersama mengikut hukum syarak.

“Tambahan pula, saya bersama anak-anak tidak lagi tinggal bersama suami, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin. Hal ini berikutan akibat tekanan dan gangguan yang berpunca daripada pihak ketiga sehingga telah lama tidak pulang ke rumah.

“Saya percaya oleh kerana tiadanya persefahaman antara kedua-dua pihak maka saya percaya jika diteruskan (perkahwinan) mungkin akan mendatangkan lebih kemudaratan kepada kedua-dua pihak, khususnya diri saya, emosi saya serta anak-anak,” ujar Sarah mengikut dokumen tersebut.

Untuk maklumat, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 lalu dan memiliki dua anak iaitu Syaikul Islam berusia 6 tahun serta Summayah berumur 4 tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.