fbpx
Now Reading
“Adakah Ini Contoh Anak Munafik..” – Hantaran Farid Kamil Di Media Sosial Undang Tanda Tanya Ramai
Hantaran Farid Kamil Undang tanda tanya

“Adakah Ini Contoh Anak Munafik..” – Hantaran Farid Kamil Di Media Sosial Undang Tanda Tanya Ramai

Menurut Farid individu berkenaan turut mempunyai rekod memukul wanita pada tahun 2005 namun tiada tindakan yang diambil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang nama pelakon terkenal, Farid Kamil pasti anda sudah terbayang aksi dalam setiap watak yang dibawa antaranya Lagenda Budak Setan, Remp-It, Evolusi KL Drift serta banyak lagi.

Namanya kini semakin kembali hangat apabila pelakon ini turut terlibat dan menjadi pelakon utama dengan membawa watak sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam filem terbaharu, The Untold Story yang mengisahkan tentang kehidupan Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu

Hantaran Farid Kamil di IG undang tanda tanya

Namun baru-baru ini, aktor ini telah mencuri perhatian banyak pihak apabila memuat naik beberapa hantaran di InstaStory miliknya.

Menerusi hantaran tersebut Farid mengecam tindakan lelaki yang memukul wanita dan menyatakan adakah itu contoh kepada individu munafik dan derhaka.

“Nak jadi KL (Kuala Lumpur) ‘g’ bersongkok pun, tak boleh pukul wanita ni da’i hoi.. Mesti ada sesuatu yang istimewa tentang dia bukan? Sebab laporan 2005 hingga 2020 tentang pukul wanita tak akan ada tindakan (NFA), hari ini pukul lagi.

“Adakah ini contoh anak munafik lelaki penderhaka 2023.. macam filem, kita putar semula ‘roda-roda kehidupan’.. Besar kuasa Allah SWT kalau nak dibandingkan dengan Alhamduringgit kau tu,” ujarnya.

Hantaran berkias namun tidak tahu dituju kepada siapa

Dalam beberapa lagi hantaran yang dimuat naik, dia turut menyindir beberapa individu yang mula menjadi panas gara-gara hantaran yang dimuatnaik nya itu. Sama seperti hantaran terdahulu, Farid bagaiamanapun tidak menyebut sebarang nama.

“Hoi, baru tulis pasal bos korang.. kau katakan ungkit kisah lama. Bukan ungkit tetapi fakta benda dipukul ni tak boleh pakai kesan make-up istimewa (special effect) macam dalam filem,” katanya.

Malah dia turut mendakwa terdapat segelintir dari individu berkenaan yang dihantar untuk mengecam filem The Untold Story yang dilakonkannya.

Individu yang dikatakan mempunyai rekod memukul wanita pada tahun 2005

Farid turut menyatakan individu berkenaan mempunyai rekod memukul seorang wanita bernama Diana pada tahun 2005 namun tiada tindakan yang diambil.

Katanya ia memberi kesan sehingga menyebabkan trauma sehingga kini dan tidak ada sesiapa yang boleh mempertahankan mangsa yang terkesan.

“Untuk rekod ya dia memukul wanita bernama Diana pada tahun 2005, buat laporan tetapi tiada tindakan (NFA).. Anak Sultan Kuala Lumpur barangkali.. sindir Pak Abu.

“Trauma sampai sekarang.. Kasihan. Tak ada siapa boleh ‘back-up’ (pertahankan) orang trauma ini tahu Dol. Kau sampai tahun 2023 masih memukul wanita lagi. Ambil gambar senyum dengan gigi palsu tu jadi tunjuk ke atas? Macho ke pukul wanita ni Dol,” Jelasnya dalam hantaran itu.

Menurut laporan Harian Metro, pihaknya telah cuba menghubungi Farid berhubung hantaran yang dimuat naik itu namun gagal kerana aktor tersebut tidak memberi respon kepada mesej yang dihantar.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon itu, Diana Danielle ada membuat pengakuan di dalam satu sesi podcast di Studio Sembang bersama Amelia Henderson pada December lalu, bahawa dia pernah menjadi mangsa pukul oleh bekas kekasihnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.