fbpx

“Di Mana Yang Dikata Sahabat?” – Mak Shuib Buka Mulut Kenapa Anaknya Tinggalkan SRL

Dalam hantaran sama, dia turut mempersoalkan di manakah keberadaan ‘sahabat perjuangan’ Shuib itu di saat anaknya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu kes beberapa tahun yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu, pelawak dan pengacara radio, Jep Sepahtu mencuri perhatian ramai apabila membuat pendedahan kenapa sahabat karibnya, Shuib tidak lagi bersama Sepahtu Reunion Live (SRL).

Dia yang sekian lama mendiamkan diri meskipun kerap diasak peminat memaklumkan terpaksa menjelaskan perkara itu bagi mengelakkan isu sama terus dipanjangkan.

Menurut Jep, Sepahtu tidak pernah membuang Shuib, namun isu itu bermula gara-gara satu aksi Shuib sewaktu SRL yang dikecam penonton hingga produksi mengenakan tindakan penggantungan selama dua minggu selain meminta Shuib untuk memohon maaf secara terbuka.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kini Hati Pun Telah Tawar” – Jep Dedahkan Punca Shuib Tak Lagi Bersama Sepahtu Reunion

Enggan berdiam diri, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani akhirnya tampil mempertahankan tindakan anaknya untuk tidak lagi menyertai SRL.

Dia menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan terpaksa tampil menjelaskan perkara tersebut terana tidak mahu lagi melihat anaknya dikecam dan dihina oleh segelintir warganet yang tidak mengetahui jalan cerita penarikan dirinya dari SRL.

“Sebagai ibu saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL seperti orang tiada maruah.

“Dia memilih untuk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri, tetapi lebih menjaga maruahnya dari terus dipijak orang tanpa memikirkan perasaannya.

“Tetapi apa yang lebih membuat Shuib sedih kerana mereka adalah rakan seperjuangan dan orang yang dikenali sebelum dia menjadi artis,” luah Salamiah.

Mana pergi sahabat?

Dalam hantaran sama, dia turut mempersoalkan di manakah keberadaan ‘sahabat perjuangan’ Shuib itu di saat anaknya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu kes beberapa tahun yang lalu.

“Di mana yang dikatakan sahabat apabila rakan seperjuangan dikenakan tindakan, tiada seorang pun yang mempertahankan. Malah, dia dimaki dan dihina sahabat sendiri di hadapan khalayak.

“Ketika dia masih dalam siasatan SPRM dan belum dijatuhkan hukuman bersalah, dia sudah dilayan macam orang bersalah oleh sahabat sendiri. Diperli dan dimalukan seolah-olah macam tiada maruah.

“Untuk apa kita hanya menjadi baik di hadapan orang ramai tetapi di belakang kita sebaliknya. Disebabkan itulah jawapannya sentiasa tergantung kerana dia masih mahu menjaga aib seseorang,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.