fbpx
Now Reading
“Bukan Tarik Diri, Saya Dibuang” – Aaron Aziz Jelaskan Sebab Tak Berlakon Dalam Filem Arahan Syamsul Yusof

“Bukan Tarik Diri, Saya Dibuang” – Aaron Aziz Jelaskan Sebab Tak Berlakon Dalam Filem Arahan Syamsul Yusof

Bagaimanapun, Aaron Aziz memaklumkan bahawa dia kini membintangi filem Sheriff arahan Syafiq Yusof di bawah terbitan Skop Production.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon aksi terkenal, Datuk Aaron Aziz mengesahkan dirinya tidak lagi membintangi filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof kerana dibuang dan bukannya menarik diri.

“Bukan tarik diri, tapi saya dibuang,” katanya secara ringkas.

Aaron tak mahu dedah punca dibuang, taknak buka aib sesiapa

Aaron Aziz bagaimanapun enggan mendedahkan punca dirinya dibuang daripada filem berkenaan kerana tidak ingin membuka aib sesiapa, lapor Gempak.

“Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu.. tahulah,” katanya.

Penjelasan itu diberikan oleh Aaron semasa ditemui media selepas majlis Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung pada Ahad lalu (12 Mac).

Aaron Aziz tidak mahu mengulas isu perselisihan faham

Pada masa sama, ketika ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara dia dan Syamsul, Aaron tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara itu.

“Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita. Apapun saya doakan yang terbaik,” jelasnya.

Aaron Aziz membintangi filem Sheriff terbitan Skop Production

Berkongsi lanjut, Aaron Aziz memaklumkan bahawa kini dia membintangi filem Sheriff arahan Syafiq Yusof dibawah terbitan Skop Production.

Turut membintangi filem berkenaan adalah Zul Ariffin dan Syafiq Kyle.

Sebagai rekod, The Original Gangster merupakan filem bergenre aksi ngeri jenayah Malaysia terbitan sulung Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures.

Filem itu menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Nor, Hairul Azreen, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Nas-T, Soffi Jikan, Pablo Amirul dan bintang aksi Indonesia, Yayan Ruhian.

Namun pada Februari lalu Hairul Azreen terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan serius pada bahagian lutut ketika sedang melakukan penggambaran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.