fbpx
Now Reading
Filem Shazam! Fury Of The Gods Pasti Buat Korang Tak Kering Gusi
Shazam di pawagam

Filem Shazam! Fury Of The Gods Pasti Buat Korang Tak Kering Gusi

Shazam! Fury of The Gods ini memaparkan aksi antara ahli kumpulan Shazam yang mahu menetang 3 orang Daugther of Atlas untuk menyelamatkan dunia yang semakin hancur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Adakah korang peminat filem adiwira terutamanya yang dikeluarkan oleh DC Studios? Maka Shazam! Fury of The Gods adalah pilihan yang baik untuk anda jika ingin menonton wayang.

Team BuzzKini baru-baru ini telah berpeluang menonton Shazam! Fury Of The Gods di DADI Cinema, Pavillion Kuala Lumpur. Kami yakin ia akan membuatkan korang tidak kering gusi dengan lawak jenaka yang disampaikan.

Sinopsis

Shazam filem siri kedua yang diarahkan oleh David F. Sandberg ini menampilkan semula Shazamily (Shazam Family) yang terdiri daripada Billy Batson dan lima orang adik-beradik angkatnya dengan kuasa yang dimiliki oleh mereka.

Filem bergenre aksi dan komedi ini turut mengisahkan tentang Shazamily yang terpaksa berdepan dengan tiga orang anak perempuan kepada musuh mereka Atlas di atas kematian bapa mereka.

Ketiga-tiga anak perempuan Atlas itu dikenali sebagai Hespera (kakak pertama iaitu Helen Mirren), Kalypso (anak kedua iaitu Lucy Liu) dan juga Anthea (anak ketiga iaitu Rachel Zegler). telah datang ke sebuah muzium untuk mendapatkan sebuah tongkat bagi mengumpulkan semula kuasa yang telah dimiliki oleh kumpulan Shazam.

Billy Batson yang dilakonkan Zachary Levi bersama adik-beradik kemudian terpaksa mencari jalan agar kuasa dan tongkat tersebut didapatkan semula meskipun perlu berdepan dengan maut demi menyelamatkan penduduk di bumi.

Perkara menarik yang boleh dipelajari di dalam filem ini (Spoiler alert!)

Menerusi filem ini Billy Batson merupakan seorang ketua kepada ahli kumpulan Shazam dan abang kepada adik-adiknya. Meskipun mereka seronok dengan kuasa yang dimiliki tetapi setiap di antara mereka sibuk merancang sesuatu yang lebih baik buat masa depan.

Sebagai contoh Mary Bromfield yang dilakonkan oleh Grace Caroline Currey sedang sibuk merancang untuk melanjutkan pelajaran.

Selain itu, ia juga turut menunjukkan sikap kekeluargaan apabila sanggup berkorban apa sahaja meskipun mereka terpaksa menggadaikan nyawa.

Adakah filem ini berbaloi untuk ditonton di pawagam?

Jawapan kami ya, selain anda dapat melihat bagaimana plot twist kepada filem ini anda juga akan sentiasa dihiburkan dengan Shazamily yang sentiasa mempunyai pelbagai kerenah yang membuatkan filem ini lebih menarik dan tidak membosankan.

Adakalanya filem adiwira yang terlalu serius turut membuatkan penonton berasa bosan namun Shazam! adalah pilihan yang baik.

Sekadar peringatan bersama jangan terus keluar dari pawagam sebaik filem tamata kerana terdapat post-credit pada penghujung filem.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.