fbpx
Now Reading
“Mana Hati Budi?” – Ali Puteh Terkejut Rumah Arwah Mak Akan Disita Gara-Gara Gagal Bayar RM60,000 [Video]
ali puteh tak bayar rm60,000 rumah arwah mak bakal disita

“Mana Hati Budi?” – Ali Puteh Terkejut Rumah Arwah Mak Akan Disita Gara-Gara Gagal Bayar RM60,000 [Video]

Menurut Ali Puteh, dia terkejut apabila menerima panggilan dari pakciknya yang menyatakan rumah arwah ibunya di Gombak dikeluarkan perintah oleh mahkamah untuk disita.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Februari yang lalu, balu kepada pelawak terkenal arwah Abam Bocey, Siti Norhidayah atau Hidayah telah meminta pihakadik iparnya, Ali Puteh untuk membayar tuntutan sebanyak RM60,000 serta memulangkan semula kunci rumah seperti yang telah diarahkan oleh pihak mahkamah.

Hidayah juga turut meminta agar tuntutan dibayar secara terus tanpa kaedah ansuran memandangkan dia telah memberikan masa yang lama kepada Ali Puteh.

Baca artikel berkaitan: Hidayah Balu Abam Minta Ali Puteh Bayar Tuntutan RM60K Tanpa Ansuran

Ali terkejut rumah ibu bakal disita lepas gagal bayar RM60,000

Terbaharu, Ali Puteh meluahkan rasa terkejut apabila rumah pusaka milik arwah ibunya bakal disita selepas gagal membuat pembayaran bagi tuntutan sebanyak RM60,000 itu kepada Hidayah.

Menurut Ali, ramai yang bertanya adakah dia telah membayar tuntutan tersebut dan menyatakan ia belum dibayar, kerana tidak mempunyai pendapatan stabil ketika ini.

Tak menolak untuk bayar, pelik mengapa harta arwah mak dijadikan cagaran

Malah dia turut menegaskan tidak berniat untuk tidak membayar membayar jumlah tuntutan tersebut cuma ia tidak dapat dibayar sekali gus kerana mempunyai tanggungan tersendiri.

“Saya pun terkejut apabila saya mendapat panggilan dari pakcik menyatakan rumah arwah mak di Gombak ni mahkamah keluarkan perintah untuk menyita. Saya peliklah ini harta mak saya kenapa pula hendak dijadikan cagaran atau sita.

“Kes tuntutan RM60,000 ini antara saya dan balu arwah abang, tetapi saya pelik kenapa ia dikaitkan dengan harta arwah mak. Rumah ini atas nama arwah mak bersama arwah bapa tiri.

“Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil. Dengan sitaan dan surat bercop dari mahkamah ini tidak sepatutnya terjadi,” kata Ali ketika ditemubual oleh rancangan Melodi di TV3.

Tekankan kedua-dua kes tersebut adalah berlainan & tak sama

Malah Ali berpendapat kedua-dua kes ini adalah berlainan dan tidak bersangkut paut dengan kesnya bersama balu arwah abang.

Bahkan Ali memilih untuk berdiam diri bukan kerana takut tetapi tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Luah pelawak kumpulan Puteh itu lagi, sudah cukup tiga tahun dia dimaku hamun orang ramai disebabkan kes tersebut.

Dia dalam masa sama turut meminta agar Hidayah dan keluarga berhenti dari melakukan video fitnah seperti yang tular apabila kakak iparnya itu mendakwa tiada siapa yang menyambutnya ketika wanita itu hadir ke rumah arwah suami.

Tambah Ali, dia sendiri telah menghubungi peguam Hidayah yang dikenali sebagai Ibrahim yang mengesahkan dia (peguam) ada berbual bersama abang iparnya di hadapan rumah arwah.

“Saya minta jasa baik kepada keluarga balu untuk berhenti dari membuat video fitnah. Kalau awak perlukan RM60,000 tu untuk saya bayar insya-Allah selagi ada daya, selagi ada rezeki saya akan cuba bayar,” kata Ali lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.