fbpx
Now Reading
Wanita Dakwa Uqasha Senrose Kaki Buli Mahu Selesai ‘Kemelut Lama’ Dengan Cara Baik

Wanita Dakwa Uqasha Senrose Kaki Buli Mahu Selesai ‘Kemelut Lama’ Dengan Cara Baik

Ciapan tersebut yang sudah pun dipadam bagaimanapun dikongsikan semula oleh Uqasha yang mempersoalkan niatnya untuk berbaik tetapi masih terus menggelar aktres itu sebagai pembuli.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar minggu lalu, peminat dunia hiburan dikejutkan dengan insiden suami kepada aktres Uqasha Senrose iaitu aktor, Kamal Adli cedera parah selepas dipukul seorang lelaki di Singapura.

Tidak cukup dengan itu, Uqasha kemudiannya dikejutkan dengan satu dakwaan liar seorang pengguna Twitter yang mendakwa dia pernah menjadi mangsa buli kepada akres cantik itu semasa bersekolah dahulu.

Dia turut mengaitkan insiden yang berlaku terhadap Kamal sebagai ‘karma’ dengan apa yang dilakukan Uqasha terhadapya dahulu.

Terkejut dengan tuduhan tersebut, Uqasha kemudiannya tampil menafikan perkara berkenaan dan memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna Twitter tersebut.

Bahkan beberapa netizen dan kenalan lama Uqasha turut menafikan perkara tersebut dan mendakwa ia adalah sebaliknya.

Baca artikel berkaitan: “Jangan Terpedaya Dengan Air Matanya” – Wanita Dakwa Pernah Dibuli Uqasha Senrose Semasa Zaman Sekolah

Terbaharu, wanita tersebut tampil menerusi satu ciapan memaklumkan dia mahu berdamai dengan Uqasha kerana percaya aktres tersebut berkemungkinan sudah berubah seiring keadaan.

Dia menerusi satu ciapan turut meminta Uqasha agar membuktikan bahawa dia kini sudah berubah dan tidak lagi menjadi individu yang pernah melukakan hatinya.

“Buktikan kepada saya yang kamu bukan lagi individu sama yang pernah membuat saya terluka.”

Ciapan tersebut yang sudah pun dipadamkan bagaimanapun dikongsikan semula oleh Uqasha yang mempersoalkan niatnya untuk berbaik tetapi masih terus menggelar Uqasha sebagai pembuli.

“Eh tiba-tiba nak berbaik tapi tetap cakap saya pembuli,” luah Uqasha di Twitter.

Tambah Uqasha, banyak lagi ciapan lain yang sudah dipadamkan wanita tersebut. Malah Uqasha turut menjelaskan wanita itu juga sebenarnya tidak berpindah seperti yang didakwa malah menghabiskan peperiksaannya di sekolah sama.

Semakan kami di akaun Twitter wanita terbabit bagaimanapun tidak menemui apa-apa perkembangan terbaharu mengenai perkara tersebut

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.