fbpx
Now Reading
Konsert Amal & Gala Night Sempena ’10 Years Anniversary’ QewComm Berjaya Kumpul Lebih RM30,000

Konsert Amal & Gala Night Sempena ’10 Years Anniversary’ QewComm Berjaya Kumpul Lebih RM30,000

Pada malam tersebut beberapa artis ternama turut dijemput seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, Dayang Nurfaizah, Ella dan ramai lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konsert amal dan Gala Night sempena 10 tahun penubuhan Qew Communications Sdn. Bhd (QewComm) telah berjaya mengumpul lebih RM30,00 untuk tiga pertubuhan dalam usaha membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Menurut Pengarah QewComm Datin Nor Rahizahwati Yahya, pemilihan tiga pertubuhan kebajikan tersebut iaitu Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM), dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) kerana mereka mempunyai satu agenda yang sama iaitu untuk membantu golongan yang memerlukan.

Pada konsert amal yang diadakan pada 17 Mac bertempat di The Westin Hotel itu, Rahizahwati telah menyampaikan mock-up cek kepada tiga penerima sumbangan.

Di samping itu, RM5,000 telah berjaya dikumpul hasil daripada penjualan guitar yang dilakukan secara bidding dan akan disalurkan kepada badan kebajikan secara bersasar.

Pemberian guitar telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) Kumpulan Qew Group Berhad, Mohd Fairoz Bin Muhammed.

Pada malam tersebut beberapa artis undangan yang dijemput seperti :

  • Datuk Khadijah Ibrahim
  • Datuk Ramli Sarip
  • Datuk Awie
  • Dayang Nurfaizah
  • Ella

Tambah Rahizahwati, ramai yang merindui gandingan Datuk Khadijah dan Datuk Ramli untuk disatukan semula di atas satu pentas berprestij ini.

Selain itu terdapat juga pemuzik yang mewakili ‘Solidariti for Iskandar Spring’ iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah.

Kesemua mereka diiringi oleh barisan pemuzik profesional tanah air iaitu Ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Johari Abdul.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.