fbpx
Now Reading
Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur Pukau Ribuan Peminat

Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur Pukau Ribuan Peminat

Melihat sambutan yang luar biasa daripada para peminat yang hadir pada malam itu membuatkan Sheila Majid tidak terfikir lagi untuk bersara dari dunia nyanyian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut saja nama Sheila Majid, pasti ramai yang mengenali dan meminati penyanyi pop tanah air ini. Bahkan bukan setakat di Malaysia, nama beliau juga turut dikenali di serata dunia.

Walaupun sudah berusia 58 tahun, peminat beliau di serata dunia sentiasa setia menantikan persembahan Sheila Majid secara langsung.

Konsert Sheila Majid Big Band yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Center Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu menjadi bukti betapa setianya peminat beliau yang sentiasa hadir untuk mendengar kemerduan suaranya.

Peminat Sheila Majid hadir dari pelbagai negara

Kami yang turut hadir ke konsert berkenaan dapat melihat para peminat beliau yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Sebaik saja penyanyi itu ke atas pentas, tepuk dan sorakan gemuruh para penonton memenuhi setiap sudut dewan.

Tidak hanya itu, penonton juga umpama terpukau setiap kali penyanyi dengan jolokan Ratu Jazz itu mengalunkan setiap bait lagu-lagunya yang begitu dekat di hati peminat.

Sambutan dari peminat yang luar biasa buat Sheila Majid tidak terfikir lagi untuk bersara

Melihat sambutan yang luar biasa daripada para peminat yang hadir pada malam itu membuatkan Sheila Majid tidak terfikir lagi untuk bersara dari dunia nyanyiannya.

“Mana mungkin saya terfikir untuk bersara jika ramai peminat terus memberikan sokongan seperti ini,” demikian ucapannya pada konsert malam itu.

“We want more” jeritan penonton di saat konsert ingin melabuh tirai

Penonton juga seakan tidak kenal erti penat dan bosan mendengar kemerduan suara Sheila Majid apabila ramai yang yang terus menjerit “we want more” ketika beliau ingin menutup tirai konsert pada malam itu.

Tidak ingin menghampakan peminatnya, Sheila Majid membawakan lagu hits yang paling menjadi kegilaan ramai dan sinonim dengan dirinya hingga hari ini iaitu Sinaran.

Sehingga ke hari ini masih lagi terngiang-ngiang kemerduan suara beliau di dalam fikiran. Memang tak rugi siapa yang hadir pada malam itu.

“Teringat ku di masa lalu.. Bersenda di taman yang indah.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.