Dituduh Mabuk & ‘Larikan Diri’ Selepas Kemalangan, Haidar Dedah Jadi Mangsa Fitnah

Baru-baru ini kecoh di TikTok apabila seorang netizen mendakwa dia baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan dengan seorang pelakon lelaki.

Apa yang mengejutkan dia mendakwa pelakon itu memandu kereta dalam keadaan separuh sedar atau mabuk hingga menyebabkan kemalangan.

Menerusi video yang sudah pun dipadamkan, pengguna TikTok berkenaan turut berkongsi kereta Honda City berwarna hitam yang jelas terpampang nombor pendaftaran kenderaan milik aktor terbabit.

Namun di dalam muat naik sama, tiada sebarang info tambahan atau bukti yang dapat mengesahkan dakwaannya.

Memetik Boom, keluarga lelaki berkenaan turut mendakwa aktor terbabit tidak bertanggungjawab apabila ‘menghilangkan diri’ dan enggan menanggung kos bagi membaiki kerosakan kereta yang dialaminya yang dianggarkan bernilai RM3,000.

Netizen kemudiannya mula menyiasat dan akhirnya mengetahui individu yang dimaksudkan adalah pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Haidar Hasanudin.

Peguam perjelas kronologi kemalangan dan fitnah mabuk

Terbaharu, peguam Muhammad Noor Azfar dari Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co yang mewakili Haidar kemudiannya tampil dengan satu kenyataan menjelaskan kronologi yang berlaku.

Menurut Muhammad Noor Azfar, Haidar sememangnya ada terlibat dalam kemalangan pada 15 Mac lalu. Namun Haidar menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang mengatakan dia mabuk.

Malah dakwaan yang mengatakan pelakon tersebut seolah-olah mahu lepas tangan juga seperti tidak timbul apabila dia terus membuat laporan polis sebaik menyelesaikan urusan menunda keretanya.

“Anakguam kami menafikan sekerasnya bahawa dirinya telah memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan. Anakguam kami telah memberikan segala kerjasama kepada pihak PDRM. Anakguam kami tidak pernah ditangkap, tidak ditahan reman dan tidak disiasat kononnya di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan.”

Individu tersebut minta ‘settle tepi’, rupanya tiada insurance dan road tax

Walau bagaimanapun, Haidar yang sudah membuat laporan polis telah dihubungi oleh individu tersebut yang meminta untuk berjumpa bagi menyelesaikan kos pembaikan kenderaan dengan cara membayar ganti rugi tanpa melibatkan pihak PDRM.

“Anakguam kami tidak dapat bersetuju dan meminta agar kesemua pihak mengikut saluran undang-undang yang betul dengan cara membuat laporan polis dan membuat tuntutan daripada syarikat insurans.”

Malangnya kenderaan milik individu tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans
selain cukai jalan yang telah tamat tempoh.

“Rentetan daripada kejadian itu, anakguam telah membuat laporan polis bahawa terdapat unsur-unsur ugutan yang diterimanya daripada individu tersebut yang berang apabila anakguam tidak mahu menyelesaikan hal ini mengikut kemahuannya tanpa melalui syarikat insurans.”

Haidar alami Retrogade Amnesia

Susulan dari insiden itu juga, Haidar telah mendapatkan rawatan dan disahkan mengalami Retrogade Amnesia dipercayai berpunca dari hentakan airbag di kepalanya.

Menerusi laporan perubatan yang dikeluarkan seorang akar perubatan KPJ Ampang Puteri, Haidar dipercayai tidak sedarkan diri untuk beberapa minit selepas kemalangan berlaku disebabkan terkena airbag pada bahagian mukanya.

Sebaik tersedar dia dikatakan berada dalam keadaan keliru, penat dan mengantuk.

Tuduhan mabuk tak masuk akal

Mengulas mengenai insiden tersebut, pelakon telefilem Angah itu menyifatkan tuduhan yang mengatakan dia mabuk ketika berlanggar dengan Proton Satria tersebut adalah tidak masuk akal memandangkan dia terus membuat laporan polis sebaik selesai urusan menunda keretanya.

Malah dia kemudiannya terus ke hospital untuk melakukan pemeriksaaan susulan dari kemalangan tersebut.

“Saya kemudiannya terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Alhamdulillah hasil CT Scan menunjukkan semuanya dalam keadaan baik dan tiada pendarahan di dalam kepala,” kata Haidar kepada BuzzKini.

Tambah Haidar lagi atas faktor keselamatan, pihak polis juga sedia maklum sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak baik atau berunsur jenayah kepadanya memandangkan dia ada menerima ugutan.

Bahkan tindakan individu berkenaan mendedahkan nombor pendaftaran keretanya turut dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan aktor berkenaan, pembantunya dan keluarga.

Haidar pertimbang ambil tindakan

Tambah Haidar dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sekiranya individu berkenaan tidak memohon maaf dan memadam video tersebut di semua media sosial miliknya.

Dia ketika dihubungi turut mengakui masih lagi berada tidak selesa pada bahagian kepala walaupun sudah hampir dua minggu insiden berlaku.

“Kadang-kadang ada rasa tak selesa, rasa macam kepala keliru, Tapi doktor cakap lama-lama nanti okay,” kata Haidar lagi.

Menerusi semakan kami, video berkenaan walaupun sudah dipadam di TikTok namun nasih berada di Instagram milik lelaki berkenaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago