Farid Kamil Bukan Nak Selamatkan Rumah Tangga Tapi Jaga Air Muka Sahaja, Kata Diana Danielle [Video]
Diana Danielle turut menafikan dakwaan Farid Kamil bahawa wujudnya orang ketiga di dalam perhubungan mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon terkenal, Diana Danielle menyifatkan suaminya, Farid Kamil bukan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka sebaliknya dia hanya mahu menjaga mukanya sahaja.
Diana Danielle berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Farid bahawa wujudnya orang ketiga di dalam perhubungan mereka.
“Itu fitnah, kalau betul saya kantoi (tertangkap) kenapa perlu bawa bunga hari ini.
“Dia bukan nak selamatkan rumah tangga, dia nak selamatkan muka sendiri,” kata Diana kepada media usai proses lantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pagi tadi.
Tambah Diana lagi, usaha Farid membelikan cincin bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka pada hujung tahun ini adalah sia-sia kerana dia tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan penceraian mereka.
“Cincin yang ingin diberi itu adalah cincin yang sudah lapan tahun hilang. Hari ini baru nak belikan balik? Lapan tahun saya tunggu.”
Jelasnya, jika benar wujud orang ketiga kenapa perlu Farid memberikannya cincin itu semula.
“Kalau ada orang ketiga, kenapa nak beri cincin. Ya saya teruskan proses cerai,” kata Diana.
Farid yang sebelum ini tiba ke mahkamah dengan membawa bunga dipercayai sebagai cubaan untuk memujuk Diana mendakwa isterinya berlaku curang. Malah dia sudah menyedari perkara tersebut sejak tahun lalu.
Difahamkan Diana melantik pengurusnya sebagai JKP manakala Farid mewakilkan seorang sepupunya bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Terdahulu pelakon filem Imaginur itu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.
Baca artikel berkaitan: