Pachara Apin Dakwa Kena Keluar Bekerja Untuk Sara Keluarga, Afiq Muiz Hanya Duduk Rumah Main Game
Dalam pada itu, Afiq menafikan dakwaan yang dia ada memukul Pachara. Malah dia mendakwa semua tuduhan itu tidak berasas dan hanya rekaan walhal isterinya yang berlaku curang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya kemelut yang melanda rumah tangga pasangan pelakon Afiq Muiz dan Pachara Apin memasuki episod baharu apabila mereka mula membuat luahan di laman media sosial masing-masing.
Pada Rabu (29 Mac) Afiq membuat dakwaan isterinya seorang yang curang, pemabuk, dan selalu pulang rumah lewat.
Pendedahan oleh Afiq menerusi satu komen di Instagram dilakukan tidak sampai sehari selepas Pachara membuat permohan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Terbaharu semalam (30 Mac) tiba giliran Pachara pula membuat pendedahan dari pihaknya.
Pachara menerusi satu muat naik di Instagram Story (IG Story) mendakwa sepanjang mereka berumahtangga, dia terpaksa keluar bekerja demi menampung kehidupan mereka suami isteri.
Apa yang mengejutkan, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahadeya turut mendakwa Afiq hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain game di saat dia keluar mencari rezeki.
Bukan itu sahaja, aktres itu turut mendakwa Afiq hanya akan memberikannya waktu rehat pada hari Ahad manakala hari lain dia perlu bekerja untuk menanggung suaminya.
“Banyak idea kau untuk malukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup. Jadi apa yang kau sedang buat sekarang ni? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya?
“Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu? Ahad kau bagi rehat sebab Isnin mau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar (saya) kerja kalau ada mood. Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game.
“Kau marah saya kau bosan duduk rumah main game sahaja. Tak tahu malu ke? Bercakap sekarang macam rempit lagi menjawab netizen,” kata Pachara.
Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa kesal kerana telah menarik semula laporan polis yang pernah dibuatnya terhadap Afiq berhubung kes pukul kerana percaya suaminya itu akan berubah.
“Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk selama berkahwin dengan kau. Kau memang tidak tahu erti kenang budi? Saya lepaskan kau tarik laporan polis lepas kau pukul saya teruk itu supaya kau boleh berubah. Saya ini bodoh-bodoh boleh terfikir kau akan berubah.
“Lelaki yang memukul perempuan adalah lelaki yang pengecut yang mahu menguasi perempuan. Cuba mana-mana lelaki nak pukul kau, kau lari pengecut!” tulisnya.
Selain menggelar Afiq sebagai seorang yang tidak mengenang budi, Pachara turut menyifatkan suaminya itu seperti iblis selain mempersoalkan mengapa Afiq takut untuk ke mahkamah memandangkan sudah masuk kali keenam pelakon itu tidak hadir.
Tegasnya, dia berhak berbuat membuat tuntutan fasakh selepas dia berdepan pelbagai perkara sepanjang perkahwinan mereka.
“Ini hak saya untuk tuntut fasakh, patut dari dulu lagi saya buat. Netizen yang belum pernah mengalami tidak akan faham tapi bagi kaum wanita yang sudah pernah dipukul, dianiaya, dicurangi. Sengaja gantung tak bertali akan faham keadaan fizikal dan mental saya,” katanya.
Afiq nafi pukul Pachara, dakwa isteri ada lelaki lain
Dalam pada itu, Afiq menerusi Instagram menafikan dakwaan yang dia ada memukul Pachara. Malah dia mendakwa semua tuduhan itu tidak berasas kerana tiada bukti bahkan menyifatkan semua itu hanya rekaaan selepas isterinya curang.
Dia dalam masa sama turut berkongsi satu tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai dilakukan isterinya bersama seorang lelaki bagi membuktikan kecurangan wanita itu.
“Kau yang bercinta dan kill our love. Lepas tu tuduh aku yang jahat. Kau cakap tapi bukti tiada tak guna jugak.
“Membohong je keje kau kan. Fitnah lah nanti kau jawab la kat akhirat, sedar lah sendiri diri tu. Tak payah beria jaja cerita aku dera kau.
“Sudah-sudah la tu cerita dongeng kau. Dah kutip seekor yang lain pulak kau try. Aku pun malas nak cari jantan-jantan yang kau scam sebab aku manusia biasa tapi aku yakin Allah tu ada. InsyaAllah,” tulis Afiq.