fbpx
Now Reading
Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Sudah Ke Hospital Bahagia, Perlu Jalani Beberapa Prosedur Rawatan

Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Sudah Ke Hospital Bahagia, Perlu Jalani Beberapa Prosedur Rawatan

Menurut Akberdin, Hafidz Roshdi sudah pun ke Hospital Bahagia untuk menjalani rawatan, namun setakat ini belum ada apa-apa keputusan dikeluarkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

13 Mac yang lalu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor telah memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

 Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib selaku majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistina Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Baca artikel berkaitan: Tak Mengaku Pukul Isteri, Mahkamah Perintah Hafidz Roshid Dihantar Ke Hospital Bahagia

Terbaharu Hafidz difahamkan sudah ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri seperti yang diarahkan mahkamah.

Perkara itu disahkan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon lelaki berusia 29 tahun itu selepas dihubungi Harian Metro.

Menurut Akberdin, aktor itu sudah pun ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan, namun setakat ini belum ada apa-apa keputusan dikeluarkan.

“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam (29 Mac) bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.

“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” katanya.

Tambah Akberdin, Hafidz juga tidak dihalang dan boleh berjumpa anak-anaknya sepanjang menjalani rawatan.

Sebagai rekod, Hafidz sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas Shuhada memfailkan permohonan cerai terhadap Hafidz di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.