fbpx
Now Reading
Shuk Sahar Sahkan Sudah Bercerai Talak Satu Dengan Rossa Sera
Shuk Sahar sah bercerai talak satu

Shuk Sahar Sahkan Sudah Bercerai Talak Satu Dengan Rossa Sera

Menurut Shuk Sahar, keputusan untuk bercerai adalah di atas persetujuan bersama dengan Rossa Sera selain menyifatkan hubungan mereka baik meskipun sudah tidak bersama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara dan pelawak, Shuk Sahar akhirnya menoktahkan kemelut rumah tangganya bersama isteri, Rossa Sera apabila mengesahkan mereka sudah sah bercerai.

Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar yang berusia 36 tahun telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac (Rabu) lepas.

Penceraian adalah keputusan bersama selepas

Kata pelawak dan juga pengacara I Can See Your Voice Malaysia 1 & 2 itu, keputusan untuk berpisah adalah atas persetujuan bersama Rossa Sera atau mesra dipanggil Sera sebaik mereka pulang dari melakukan umrah bersama pada Januari lalu.

“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.

“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Walaupun kini bukan lagi sebagai suami isteri yang sah namun Shuk memaklumkan hubungan dia dan bekas isteri adalah baik demi dua anak perempuan mereka.

Jadikan penceraian sebagai pengajaran

Bahkan dia menjadikan penceraian itu satu pengajaran kepadanya agar menjadi seorang lelaki yang lebih baik di hari mendatang.

“Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.

“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.

“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang,” jelasnya lagi.

Reda dengan ujian, mahu fokus dalam perniagaan yang di jalankan di TikTok

Shuk dalam masa sama, turut menyatakan dia reda dan tenang atas ujian tersebut dan ingin fokus dalam perniagaan kecantikan yang dilakukan di TikTok.

“Saya okay sahaja! Teruskan berniaga dan jika ada tawaran untuk berlakon nanti saya akan terima. Buat masa sekarang memang aktif berniaga di TikTok,” katanya.

Untuk makluman, hasil perkahwinan yang didirikan pada tahun 2015 pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain yang berusia tujuh manakala Nur Assyifatu Aimi pula berumur empat tahun.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.