fbpx
Now Reading
Diana Danielle Dakwa Farid Kamil Semakin Baran, Minta Buang Bin & Binti Pada Nama Anak

Diana Danielle Dakwa Farid Kamil Semakin Baran, Minta Buang Bin & Binti Pada Nama Anak

Tambah pelakon Imaginur itu lagi, Farid juga sudah empat bulan tidak memberi nafkah. Bahkan Diana terpaksa menampung sendiri kos sewaktu mereka menunaikan umrah pada Februari lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil dilihat semakin meruncing selepas Diana membuat pendedahan mendakwa suaminya itu semakin baran sejak kebelakangan ini.

Diana menerusi satu muat naik di Instagram Story (IG) hari ini, 3 April mendakwa Farid seperti sudah berubah dan menjadi tidak terkawal dalam hal remeh termasuk memarahi anak perempuannya, Nur Aurora secara keterlaluan gara-gara memetik cili di rumah jiran.

Jelas Diana, tindakan Farid membuatkan Aurora kini trauma dan ketakutan.

“Dia kata insiden marah anak itu kecil sahaja. Saya mahu tekankan di sini, dia sudah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh.

“Sampai ke esok pagi masih menengking anak-anak atas sebab sebab remeh. Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar.

“Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya, sebab dia sangat takut.

“Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab nak sambung ‘ajar’ anak,” dakwa Diana.

Minta buang nama bin dan binti pada anak

Dakwa Diana lagi, suaminya itu turut meminta dia agar membuat permohonan untuk membuang namanya dalam surat beranak anak-anak mereka.

“Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak? Kenapa suruh saya failkan permohonan buang nama awak dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam itu?

“Saya tidak pernah merancang untuk mendedahkan perkara sebenar secara terbuka. Saya tidak punya pilihan oleh kerana kemahuan awak terus menerus memanggil media untuk meraih simpati.

“Kita sambung semuanya di mahkamah,” kata Diana.

Farid tak bayar nafkah empat bulan

Tambah pelakon Imaginur itu lagi, Farid juga sudah empat bulan tidak memberi nafkah. Bahkan Diana terpaksa menampung sendiri kos sewaktu mereka menunaikan umrah pada Februari lalu.

“Bulan ini sudah masuk empat bulan tak bayar nafkah. Trip ke Makkah, saya bayar untuk semua empat beranak.

“Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab sudah biasa, bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik.

“Tapi dia sendiri cakap, dia akan cover (bayar) balik kos penerbangan dan hotel di Makkah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata.

“Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagilah, tetapi nafkah dan hutang masih tergantung,” luah Diana di IGS.

Dalam pada itu Farid dilihat meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak mereka khususnya Aurora ekoran dari apa yang terjadi.

Dia menerusi Instagram turut dilihat memuat naik beberapa foto dirinya bersama Aurora dan anak sulungnya, Muhammad.

“Nur Aurora Robe’ah, saya sayang awak my grapeapplepie,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Sebagai rekod Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal Mac lalu atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Sama-sama kita doakan agar rumah tangga pasangan ini kembali pulih demi dua anak mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.