fbpx
Now Reading
Jaafar Onn Sifatkan Orang Pakai Baju Melayu Ketat Tak Ada Otak

Jaafar Onn Sifatkan Orang Pakai Baju Melayu Ketat Tak Ada Otak

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, luahan-luahan tersebut yang dimuat di Facebook dikaitkan dengan Aliff Syukri yang sebelum ini dikecam gara-gara teaser MV Raya baharunya yang bakal dilancarkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan pengacara terkenal, Jaafar Onn menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang memakai Baju Melayu dengan rekaan mencolok mata.

Beliau menerusi beberapa hantaran di Facebook turut mempersoalkan motif mereka mengubah reka bentuk baju berkenaan.

Jaafar yang cukup dikenali dengan ketegasannya berhubung etika pemakaian baju Melayu itu turut mempersoalkan siapakah lagi yang mahu menghormati pakaian berkenaan jika bukan bangsanya sendiri.

“Kenapa orang Melayu sekarang? Baju Melayu yang sopan dan cantik bersampin diketatkan dan mencolok mata. Apo?”

“Kalau kita sendiri tidak hormat pakaian warisan kita, siapa lagi? Maka generasi baru hormatlah baju Melayu lengkap dengan bersampin dan songkok,” katanya.

Tak ada otak atau kurang waras?

Bukan itu sahaja, beliau yang dihubungi Harian Metro kemudiannya menyifatkan individu-individu yang memakai baju Melayu ketat dan mencolok mata adalah tidak berotak kerana ianya merosakkan nilai-nilai yang ada pada baju tradisional tersebut.

“Mereka dah tak ada otak, atau mereka tergolong dalam kalangan manusia yang kurang berfikiran waras?

“Ini bukan sekadar merosakkan nilai baju Melayu, tetapi saya memang pantang kalau ada orang yang memperkotak-katikkan baju Melayu.

“Kalau ada yang singgah di rumah saya dengan berbaju Melayu tidak lengkap pun, saya akan tegur. Kenapa tak pakai bagi lengkap? Bukankah ia cantik dipakai?” luah Jaafar Onn lagi.

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan semua pihak bahawa baju itu adalah baju budaya orang Melayu yang tidak sepatutnya diubah sesuka hati.

“Baju Melayu adalah baju Melayu. Kenapa nak pakai ketat-ketat? Siapa dia, nak ubah-ubah rekaan baju Melayu? Kalau Power Rangers, itu lain. Ini baju Melayu budaya kita.”

Jaafar Onn

Tegas selebriti versatil itu lagi, individu berkenaan seharusnya menggunakan idea lain dalam menghasilkan konten atau lebih baik lagi menggunakan kekayaannya untuk benda yang lebih bermanfaat.

“Jangan fikir, kamu kaya raya, kami boleh buat sesuka hati. Kalau nak cari nama atau buat kandungan semata, tak payah buat benda-benda pelik sebab ia akan membuatkan anda tersungkur.

“Kamu dah ada nama, ada keluarga yang baik-baik. Janganlah burukkan nama mereka kerana tindakan kamu. Kamu ada kekayaan. Apa kata, gunakan untuk beramal jariah,” katanya.

Sebagai rekod, meskipun Jaafar Onn tidak menyebut sebarang nama, luahan-luahan tersebut yang dimuat di Facebook dikaitkan dengan pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini teruk dikecam gara-gara teaser Video Muzik (MV) sempena lagu Raya Aidilfitri yang bakal dilancarkannya.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.