Dakwa Kenyataan Diana Danielle Di IG Bercanggah Dengan Laporan Polis, Farid Kamil Mahu Kemuka Di Mahkamah
Menurut Farid, kenyataan yang dikeluarkan oleh Diana Danielle di dalam IG Story miliknya adalah bercanggah dari laporan polis yang dibuat oleh aktres terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang pendedahan yang dibuat pelakon Imaginur, Diana Danielle berhubung kemelut rumah tangganya bersama pengarah dan pelakon terkenal, Farid Kamil di IG Story.
Menerusi hantaran tersebut aktres berkenaan mendakwa suaminya seolah-olah telah berubah sikap dan menjadi tidak terkawal. Pelakon wanita itu turut menjelaskan apa yang berlaku terhadap Nur Aurora, 8, berhubung kejadian anak perempuannya itu memetik cili di rumah jiran.
Menurutnya, kejadian yang berlaku itu turut membuatkan kanak-kanak perempuan itu trauma.
Baca artikel berkaitan: Diana Danielle Dakwa Farid Kamil Semakin Baran, Minta Buang Bin & Binti Pada Nama Anak
Farid Kamil dakwa kenyataan Diana bercanggah dan fitnah
Susulan dari pendedahan yang dibuat oleh aktress tersebut, Farid Kamil telah tampil menerusi IG Story miliknya mendakwa kenyataan tersebut adalah fitnah dan direka.
Pelakon filem Anwar: The Untold Story itu turut mendakwa bahawa kenyataan dikeluarkan oleh isterinya itu adalah bercanggah dari laporan polis yang dibuat.
“Assalamualaikum sebagai makluman ‘umum’ ke atas kenyataan Diana Lee Beeson di IG Story.
“Kenyataan Diana (isterinya) yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat,” ujar aktor itu.
Mahu bawa ke pengadilan untuk diperdengarkan
Dia di dalam masa sama, memaklumkan kenyataan yang dibuat Diana Danielle adalah fitnah dan akan dikemukan di mahkamah.
“Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan diperdengar di mahkamah,” katanya lagi.
Untuk makluman, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal Mac lalu disebabkan tidak lagi mempunyai persefahaman selain berlaku shiqaq di dalam perhubungan iaitu perbalahan yang panjang.
Walau bagaimanapun, ketika permohonan itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Selangor pada 20 Mac lalu Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Baca artikel berkaitan: